Posts

Showing posts from 2020

Tinjauan ke Lokasi Banjir di Daerah Jempol

Image
 Tinjauan ke Lokasi Banjir Daerah Jempol

Majlis suai kenal Ketua Polis Daerah Jempol dengan Pengerusi MCPF

Image
 Sesi Suai Kenal Ketua Polis Daerah Jempol dengan Pengerusi MCPF Daerah Jempol

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Jempol

Image
 17 November 2020 Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Jempol antara YDH DSP Mohd Hafiz bin Muhamad Nor dengan YDH Supt Hoo Chang Hook disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negeri Sembilan .

Latihan Kawad Bulanan IPD Jempol

Image
 LATIHAN KAWAD BULANAN BAGI BULAN OKTOBER 2020 PERINGKAT IPD JEMPOL IPD Jempol - 30 Oktober 2020(Jumaat), Latihan Kawad Bulanan bagi bulan Oktober 2020 IPD Jempol yang telah berlangsung di Perkarangan IPD Jempol Negeri Sembilan. Latihan Kawad ini telah dihadiri oleh 10 Pegawai Kanan, dan 55 Anggota IPD Jempol. Latihan kawad ini bertujuan bagi mengulangkaji asas membentuk pembentukan disiplin dan membina imej yang baik dalam pasukan. Disamping itu, ia boleh menyatukan semua pegawai dan anggota pasukan sebagai sebuah pasukan yang mantap dan berintegriti.  Latihan kawad ini dapat mengemaskan dan memantapkan pergerakan kawad untuk lebih bersemangat dan berdisiplin, terutama dari segi pengurusan masa dan sikap.  Tambahan lagi, setiap pegawai dan anggota dapat memahirkan serta dapat meningkatkan jati diri sebagai seorang warga PDRM yang mampu menerapkan konsep _Command and Control_ terutamanya dalam memberi dan mendengar arahan dan dapat mengulangkaji pergerakan asas kawad sert...

Riadah Terancang larian 2.4 KM

Image
 RIADAH TERANCANG : LARIAN 2.4 KM 06 November 2020 , IPD Jempol menjalankan rutin mingguan melalui Cawangan Latihan/sukan IPD Jempol iaitu larian 2.4 KM di Perkarangan IPD Jempol. Program yang dihadiri seramai 12 Pegawai kanan, 55 Anggota dan Pegawai Awam. Objektif utama program larian 2.4 KM ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kecergasan individu berlandaskan kesihatan mengikut penilaian masa larian yang telah ditetapkan. Ianya juga dapat meningkatkan kadar kesihatan kardiovaskular atau jantung. Dengan setiap aktiviti larian individu akan melatih jantung untuk bekerja dan membantu pengaliran darah dengan baik. Secara tak langsung boleh mengurabgkan risiko serangan jantung, darah tinggi atau strok. Disamping itu, dengan larian 2.4 KM ini juga dapat memberi bebanan otot dan tulang secara positif dan pada masa yang sama tulang akan dirangsang untuk jadi lebih kuat dan tak mudah dimamah usia. Semasa melakukan senaman darah yang kaya dengan oksigen akan dialirkan dengan baik ke b...

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

Image
 Lawatan dan pemeriksaan Balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Bandar Seri Jempol dan Pondok Polis Mahsan 05 November 2020, IPD Jempol- Lawatan dan  pemeriksaan PTKPN A117 telah dilaksanakan di Balai Polis Bandar Seri Jempol & Pondok Polis Mahsan dan ahli pemeriksa diketuai oleh YDH DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor, Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol bersama (5)lima Pegawai Kanan, (5)lima Anggota dan (2)dua  KTA dari pelbagai bahagian dan cawangan. Objektif pemeriksaan adalah bertujuan untuk memastikan segala aspek pentadbiran balai berjalan lancar, keberkesanan anggota menjalankan tugas pada tahap yang maksimum dan memastikan bangunan dan peralatan yang dibekalkan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Semasa lawatan tersebut anggota balai berkenaan telah diuji dengan latihan kawad yang mana bagi memastikan semua anggota tahu memberi kata perintah dalam pergerakan kawad. Semasa lawatan tersebut juga disampaikan dan dikongsi bersama beberapa teguran dan nasihat...

Latihan Kawad Bulanan

Image
 LATIHAN KAWAD BULANAN   BAGI BULAN OKTOBER 2020 PERINGKAT IPD JEMPOL NEGERI SEMBILAN IPD Jempol - 09 Oktober 2020(Jumaat), Latihan Kawad Bulanan bagi bulan Oktober 2020 yg dianjurkan bagi Elemen Caw Khas dengan kerjasama Cawangan Latihan / Sukan IPD Jempol yang telah berlangsung di Perkarangan   IPD Jempol. Latihan Kawad itu telah dihadiri oleh 14 Pegawai Kanan, dan 50 Anggota IPD Jempol.Latihan Kawad Peringkat IPD Jempol ini diadakan bagi tujuan asas membentuk pembentukan disiplin dan membina imej yang baik dalam pasukan. Ia juga boleh menyatukan semua pegawai dan anggota pasukan sebagai sebuah pasukan. Selain daripada itu, latihan kawad ini dapat mengemaskan dan memantapkan pergerakan kawad untuk lebih bersemangat dan berdisiplin, terutama dari segi pengurusan masa dan sikap. Setiap pegawai dan anggota lebih mahir dalam berkawad serta dapat meningkatkan jati diri sebagai seorang warga PDRM yang mampu menerapkan konsep _command and control_ terutamanya dalam m...

Bengkel Pengurusan emosi

Image
 BENGKEL PENGURUSAN EMOSI DAN STRESS : ARE YOU OKEY 07 Oktober 2020 bertempat di Dewan IPD Jempol dengan kerjasama  Pejabat Kaunseling Daerah Jempol Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan ( Wilayah Timur )  telah adakan bengkel pengurusan emosi dan stress *Are You Ok* .Program  tersebut telah disampaikan beberapa slot ceramah dan aktiviti yang disampaikan oleh Puan Sharifah Mashitah Bt Syed Mokhtar - Pegawai Pusat Zakat Daerah Jempol,Puan Aminah Nor Binti Ujang - Pegawai Pusat Kaunseling Daerah Jempol. Program yang disertai seramai 65 peserta itu mendapat sokongan dan dorongan apabila dihadiri oleh YDH DSP Mohd Hafiz Bin Mohammad Nor-  Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol dan Ustaz Mohd Eddy Erman Bin Razali - Wakil Ketua Wilayah Timur, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan. Tujuan dan matlamat program ini diadakan ialah untuk memberi Kefahaman kepada peserta mengenai pengurusan emosi dan stress,mengawal, dan mengatasi perasaan negatif serta ketakutan, gugup dan geme...

Riadah Terancang IPDJempol

Image
 RIADAH TERANCANG 10 RIBU LANGKAH 02 Okt. 2020 - IPD Jempol menjalankan rutin mingguan melalui Cawangan Latihan IPD Jempol  iaitu 10 ribu langkah .Program yang dihadiri seramai 69 peserta dari kalangan Pegawai Kanan,Anggota dan Kakitangan Awam itu  disunting semangat dengan kehadiran YDH  DSP Mohd Hafiz Bin Mohammad Nor - PMG Ketua Polis Daerah Jempol. Tujuan Program ini dijalankan setiap minggu adalah bagi memupuk semangat kesukanan dan membudayakan aktiviti sukan dikalangan warga IPD Jempol serta mencapai berat badan yang unggul dan meningkatkan kecergasan fizikal sekaligus meningkatkan pengetahuan sukan. Riadah terancang ini adalah program yang dilakukan secara berterusan setiap minggu selaras dengan arahan pucuk pimpinan. #pdrmjempolriadahterancang #likensharefbipdjempol

Perhimpunan bulanan IPD Jempol

Image
 PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH JEMPOL BULAN SEPTEMBER 29 Sept 2020 ( Selasa )- Perhimpunan Bulanan KPD Jempol telah diadakan di dewan  IPD Jempol .Perhimpunan yang diambil  oleh YDH  DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor - PMG Ketua Polis Daerah Jempol telah dihadiri seramai  15 pegawai kanan dan  34 anggota dan pegawai awam serta 11 penerima surat penghargaan dari kalangan Pegawai dan anggota.Tujuan dan objektif perhimpunan dapat meningkatkan disiplin pegawai dan anggota disamping memupuk semangat kerjasama dan semangat setia kawan dapat di pamerkan dalam program tersebut.Dalam perhimpunan tersebut YDH P/KPD Jempol telah sampaikan beberapa amanat dan arahan berkaitan isu-isu semasa . Sepanjang perhimpunan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua peringkat. #perhimpunanbulananipdjempol

LDP - HRMIS

Image
 LDP - ELEMEN PENGURUSAN : HRMIS Jempol - 23 September 2020 ( Rabu ),Bahagian Pengurusan IPD Jempol telah aturkan latihan dalam perkhidmatan bertajuk  HRMIS yang  merupakan singkatan bagi Human Resource Management Information System.Ianya merupakan sistem yang diwujudkan untuk membuat urusan sumber manusia pada setiap agensi/ organisasi.Latihan tersebut adalah bagi tujuan mengulangkaji peranan - peranan yang terdapat pada sistem HRMIS.Dalam LDP tersebut peserta mengambil pekuang untuk  soal jawab terhadap perkara - perkara yang tidak difahami dan permasalahan yang timbul apabila menggunakan sistem HRMIS.Secara kesimpulannya LDP tersebut dapat  menambahbaik kemahiran dan menambah ilmu pengetahuan dalam mengendalikan sistem HRMIS. #ldphrmisipdjempol

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard

Image
 MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA BAHAGIAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDART IPD JEMPOL 14hb Sept 2020 - IPD Jempol bertempat di Distress Room telah diadakan Majlis  serah terima Tugas Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard.Majlis yang dihadiri oleh YDH DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor-  Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol menjadi saksi kepada serah terima tugas yang diaturkan antara Penyerah:SI Karunakaran A/L Muthaya dan Penerima:ASP Jamatulakmar Binti Ahmad Saidi.Majlis serah terima tugas Ketua Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standart adalah dari arahan pertukaran dan pengwujudan bahagian baru Bahagian Integriti dan Pematuhan Standart IPD Jempol.Majlis yang disusun berjalan dengan lancar dengan kehadiran Ketua- ketua Bahagian,Ketua- ketua Polis Balai dan  pegawai,anggota pengurusan dan Bips  Peringkat IPD Jempol. #serahterimatugaskbips #facebookipdjempol

Riadah Terancang -Mendaki Bukit Taiso

Image
 Riadah Terancang -Pendakian BukitbTaisho oleh Warga IPD Jempol  IPD Jempol - 11hb September 2020  - Riadah Terancang Pendakian ke Bukit Taiso . Aktiviti riadah tersebut merupakan rutin mingguan IPD Jempol yang diatur melalui cawangan Latihan. Bagi memberi semangat dan teladan yang baik kepada semua peringkat pegawai dan anggota.P/KPD YDH DSP Muhd Hafiz Bin Muhammad Nor telah turut serta bersama dalam riadah mendaki bukit Taiso.Aktiviti sebegini dapat memperbaiki dan meningkatkan  kesihatan baik  dan fizikal pegawai dan anggota PDRM Jempol serta melahirkan warga yang sihat.Aktiviti sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi melahirkan warga PDRM yang berkualiti dan sihat dari  aspek penjagaan kesihatan . #riadahipdjempol #sihatcergaspdrmjempol

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Image
D221 Bahagian Siasatan IPD Jempol  IPD Jempol - 08 September 2020- Pemeriksaan PTKPN D221 oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol telah berlangsung di IPD Jempol pagi tadi.YDH DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor ,Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol mengetuai pemeriksaan pelbagai dokumentasi dan penyimpanan barang kes yang dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol.Selain itu objektif utama adalah persediaan awal untuk pemeriksaan D221  yang akan dibuat oleh YDH Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan dan sekaligus mematuhi kehendak PTKPN D221.YDH DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor ,diiringi ASP Rashid Bin Kasim -Ketua Bahagian Siasatan Jenayah  Daerah,Barisan pegawai kanan dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol serta anggota Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard  IPD  Jempol telah menyambut kehadiran Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol .Sepanjang pemeriksaan tersebut banyak input dan teguran kearah penambahbaikan diperolehi dan diambil ...

Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Perladangan Komuniti

Image
 Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Perladangan Komuniti  7hb September 2020- Jempol - Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Perladangan Komuniti  telah diadakan di Plus Intervest Sdn Bhd Batu Kikir .Perasmian tersebut telah dihadiri oleh VIP utama iaitu YB Dato Dr Mohd KhairuddinBin Aman Razali (Menteri Perusahaan Perladangan &Komuniti) dan disaksikan oleh YB. Datuk Chua Hick Gee ( MPMA), YB. Dato Shamdul Kahar ( DUN SERTING),YB. Teo Kok Seong (EXCO N. SEMBILAN),YM Raja Norazli Bin Raja Nordin  (YDP MPJPL),YB Dr Khali Aziz Bin Hamzah(KP FRIM) seterusnya bagi PDRM Jempol dihadiri oleh YDH  DSP. Mohd Hafiz BIn Muhammad Nor  (P/KPD JEMPOL) ,barisan pegawai kanan,Ketua Polis Balai Bt Kikir dan anggota .Program  tersebut merupakan anjuran Persatuan Pekilang Panel Malaysia(MPMA) dan Plus Intervest disokong dengan kerjasama institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) disokong Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia(MTIB) dan Majlis Perkayuan Mala...

Community Policing PDRM Jempol bersama Lions Club of Bahau

Image
 COMMUNITY POLICING PDRM JEMPOL BERSAMA LIONS CLUB OF BAHAU - MERDEKA WALK MENDAKI BUKIT TAISHO 31 Ogos 2020- Jempol Merdeka Walk di  Bukit Taisho Bahau satu program anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol dengan kerjasama Lions Club of Bahau telah diadakan sempena sambutan hari Kemerdekaan .Program telah dirasmikan oleh YDH Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif-Ketua Polis Daerah Jempol .Turut hadir YDH DSP Mohd Hafiz bin Muhammad Nor-Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol dan Mr Rico Pok Wei Hang-Presiden Lions Club of Bahau. Tidak ketinggalan barisan Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Polis Balai IPD Jempol,Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis IPD Jempol serta Komuniti Bahau. Objektif utama Program ini adalah menggalakkan masyarakat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat yang aktif bersukan masih lagi rendah serta mewujudkan interaksi dan sosialisasi antara PDRM dan masyarakat. Seperti yang kita sedia maklum amalan mendaki bukit merupak...

Ride Amal IPD Kemaman ke IPD Jempol

Image
 Ride Amal IPD Kemaman ke IPD Jempol  29 Ogos 2020 -IPD Jempol menyambut mesra ketibaan Konvoi Ride Amal dari IPD Kemaman . Konvoi yang disertai oleh  YDH Supt Hanyan bin. Ramlan(Ketua Polis Daerah Kemaman) dan YDH DSP Mohd Haki bin Hasbullah(Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman) dan beberapa ketua Bahagian dan warga IPD tersebut disambut baik oleh IPD Jempol.Kunjungan Konvoi sebegini dapat mengeratkan silaturahim dan dapat berkongsi dan bertukar pendapat antara kedua IPD .Ketua Polis Daerah Jempol dan warga IPD Jempol menzahirkan penghargaan dan  mengucapkan terima kasih atas kunjungan tersebut.Semoga program sebegini dapat diadakan di masa akan datang. #sediaberkhidmat #kitajagakita

Program IOW Merdeka

Image
 PROGRAM IOW MERDEKA PENYERAHAN JALUR GEMILANG OLEH JABATAN PENERANGAN NEGERI SEMBILAN KEPADA IBU PEJABAT POLIS DAERAH JEMPOL 28 Ogos 2020 - IPD Jempol dengan kolaborasi bersama Jabatan Penerangan Negeri Sembilan telah menganjurkan program IOW Merdeka sempena bulan kemerdekaan. Program yang diaturkan di IPD Jempol telah dihadiri oleh YBhg Hj Shahnon bin Mohamad - Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan serta Puan Siti Norezein binti Mahmood - Pegawai Penerangan Daerah Jempol ,manakala dari IPD Jempol diketuai oleh YDH DSP Mohd Hafiz bin Muhammad Nor -Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol .Semasa program tersebut penyerahan Jalur Gemilang kepada Front Liner ,penghuni kuarters perumahan IPD Jempol  turut disampaikan. Objektif utama  program ini adalah  untuk menyemarakan semangat patriotisme melalui kibaran Jalur Gemilang dan juga membuktikan bahawa PDRM turut menyahut seruan kerajaan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang di kenderaan pasukan , pejabat dan berek pe...

Majlis serah terima tugas Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai

Image
 Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai  28 Ogos 20 - Jempol ,Satu Majlis Serah Terima Tugas telah diadakan di IPD Jempol melibatkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,Inspektor Ketenteraman Awam dan Ketua Polis Balai Bandar Seri Jempol.Program tersebut ekoran arahan Pertukaran Pegawai Kanan baru- baru ini.Majlis yang disaksikan oleh YDH Ketua Polis Daerah Jempol itu dimulakan dengan penyerahan tugas oleh ASP Azhar bin Abu Hashim.kepada Inspektor Florance Liu Ai Lin dan antara ASP Mohd Asri bin Mohd  Yunos dengan Insp Arif Bin Jantan seterusnya Inspektor Khaizir Muzani bin Md Yusof serah kepada Inspektor Mohammed Shah bin Sukiran .Majlis tersebut turut dihadiri oleh DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor- Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Ybhg Pn Safinaz binti Mohamad Yusup -Pengerusi perkep IPD Jempol,Ketua-ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, wakil-wakil perkep dan Warga IPD Jempol.Majlis yang disusun berjalan dengan lancar  dan mendapa...

Rampas Rokok dan minuman keras tidsk bercukai

Image
 Polis IPD Jempol rsmpas rokok dan minuman keras tidak bercukai 24/8/2020- Jempol - Polis Jempol dari Balai Polis Bahau yang diketuai oleh Insp Mohd Hisham bin Musa - Ketua Polis Balai Bahau  telah membuat tangkapan dan rampasan keatas penjualan rokok  seludup dan minuman keras yang tidak bercukai .Hasil maklumat orang ramai dalam membantu pihak PDRM telah membuahkan kejayaan apabila tertangkapnya 1 wanita berbangsa India lingkungan usia 50an  yang disyaki menjual barang-barang tersebut tanpa kelulusan pihak berkuasa. Dalan serbuan tersebut sejumlah 123 pelbagai  botol minuman keras dan sejumlah 680 pelbagai jenis  kotak rokok yang keseluruhan berjumlah rm10,000 telah dirampas .   Pasukan serbuan  telah tangkap wanita tersebut  dan rampas barang-barang diatas  di bawah kesalahan sek 135 (1) (d) akta kastam 1967 kerana menjual minuman keras dan rokok-rokok seludup. Tangkapan dan rampasan di bawa balik ke IPD Jempol untuk tindakan lan...

kejayaan PDRM Jempol

Image
 Kejayaan PDRM Jempol 24/8/2020- Jempol - Polis Jempol dari Balai Polis Bahau yang diketuai oleh Insp Mohd Hisham bin Musa - Ketua Polis Balai Bahau  telah membuat tangkapan dan rampasan keatas penjualan rokok  seludup dan minuman keras yang tidak bercukai .Hasil maklumat orang ramai dalam membantu pihak PDRM telah membuahkan kejayaan apabila tertangkapnya 1 wanita berbangsa India lingkungan usia 50an  yang disyaki menjual barang-barang tersebut tanpa kelulusan pihak berkuasa. Dalan serbuan tersebut sejumlah 123 pelbagai  botol minuman keras dan sejumlah 680 pelbagai jenis  kotak rokok yang keseluruhan berjumlah rm10,000 telah dirampas .  Pasukan serbuan  telah tangkap wanita tersebut  dan rampas barang-barang diatas  di bawah kesalahan sek 135 (1) (d) akta kastam 1967 kerana menjual minuman keras dan rokok-rokok seludup. Tangkapan dan rampasan di bawa balik ke IPD Jempol untuk tindakan lanjut. Justeru itu PDRM Jempol mengingatkan kepada...

Community Policing IPD Jempol bersama Lions Club Bahau dan MPJL

Image
   Community Policing IPD Jempol bersama Lions Club Bahau dan mPJL 18/8/2020(Selasa)- Jempol dengan kerjasama penuh dari Majlis Perbandaran Jempol dan  Lions Club Bahau telah berjaya melaksanakan satu program Community Policing di Jalan Gemilang Pekan Bahau.Majlis yang dihadiri SUPT Mohd Khairiel Bin Mohd Arif- Ketua Polis Daerah Jempol itu mendapat perhatian utama di kalangan masyarakat di Pekan Bahau  . Program tersebut juga  turut dihadiri oleh DSP Mohd Hafiz bin Muhammad Nor - Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol,En.Mohd Samsul bin Kamarudin- Ketua Penguatkuasa MPJL(wakil YDP MPJL),En.Riko Pok Wei Hang- Pengerusi Lions Club Bahau dan juga penyertaan  dari  PDRM,AMANITA,AJK Lions Club Bahau .Program dimulakan dengan gimik Pelancaran Papan Tanda Bersama Perangi Jenayah dan edaran Jalur Gemilang kepada pengguna Jalan raya .Da lam Program tersebut YDH KPD Jempol bersama Lions Club Bahau telah implimentasi sesi Meet and Greet ke atas premis- premis di Pek...

ops sepadu IPD Jempol

Image
 Ops Sepadu IPD Jempol Jempol,16 Ogos- Ops Sepadu ,Polis  Jempol dengan bantuan pasukan sahabat telah membuat pemeriksaan keatas seramai 103 warganegara asing dan telah  menangkap  32  pendatang asing tanpa izin ( PATI ) membabitkan 17 warganegara Indonesia, 09 warganegara Bangladesh,5 warganegara Rohingya dan 1 warganegara Vietnam.Pelaksanaan Ops tersebut adalah inisiatif Pegawai Daerah Jempol- Ybhg Tuan Shahrul Nizam bin Saleh. Turut hadir dalam ops tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol- YM Raja Norazli bin Raja Nordin ,Ybhg Datin Dr.Ariza Bte Zainudin - Pakar Perubatan Kesihatan awam ,Pejabat Kesihatan Daerah Jempol,YDH Ketua Polis Daerah Jempol-SUPT Mohd Khairiel Bin Mohd Arif dan Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol- DSP Mohd Hafiz bin Muhammad Nur.Kesemua PATI berkenaan ditangkap dalam operasi ops Sepadu tersebut  bermula  jam 10.30 malam sehingga 5.00 pagi - 17 Ogos hari ini.   Penugasan Ops Sepadu tersebut  membabi...

Riadah Terancang -Mendaki Bukit Baginda

Image
 Riadah Terancang IPD Jempol(Mendaki Bukit Baginda) 14/8/20(Jumaat)-Jempol aktiviti riadah terancang kali ini IPD Jempol adalah mendaki Bukit Baginda . Program tersebut bertambah meriah apabila riadah tersebut di hadiri oleh YDH SUPT Mohd Khairiel Bin Mohd Arif - Ketua Polis Daerah Jempol dan YDH DSP Mohd Hafiz Bin Mohammad Nor - Timb Ketua Polis Daerah Jempol.Program seumpama ini akan melahirkan insan yang sihat fizikal di kalangan setiap warga IPD Jempol disamping  warga kerja yang sihat  dari penyakit.Riadah yang disertai 45 pegawai kanan ,anggota dan pegawai awam itu mendapat kerjasama yang erat dan melahirkan sifat setiakawan dan berpasukan untuk capai ke puncak Bukit tersebut. Aktiviti sebegini dapat mendidik semua warga tentang kepentingan riadah sebegini dan kepentingan penjagaan kesihatan setiap individu .Secara kesimpulannya Riadah terancang sebegini mendapat impak positif dikalangan semua dan menyahut seruan kerajaan melahirkan generasi yang sihat fizikal dan m...

Ops Bersepadu IPD Jempol

Image
 Ops Bersepadu IPD Jempol 10/8/2020( Isnin)- Jempol - Satu  Ops Bersepadu telah di buat dibawah pentadbiran Balai Polis Batu Kikir Negeri Sembilan. Ops tersebut bermula jam 9 malam berakhir awal pagi dan diketuai oleh Insp Mohd Shah bin Sukiran -Pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol bersama 22 anggota dari pelbagai bahagian . Tumpuan ops adalah tertumpu ke kawasan yang kerap berlaku jenayah pecah rumah.Ops yang dibantu sepenuhnya oleh Ketua Polis Balai Bt kikir - SM Abd Karim Bin Buang tertumpu ke beberapa lokasi yang telah dijalankan risikan awal . Tumpuan pertama keatas sebuah rumah  Kuarters Pekerja Felcra Berhad yang  di diami 9 individu lelaki. Pemeriksaan dalam rumah gagal menemui barang salah. Namun subjek di syaki  terlibat dalam kegiatan penagihan dadah dan di bawa balik ke Balai Polis Bt Kikir untuk di jalankan saringan awal air kencing. Keputusan saringan awal air kencing terhadap subjek dapati 3 - individu nagetif dadah dan 6 - individu p...

Perhimpunan bulanan KPD Jempol

Image
 PERHIMPUNAN BULANAN IPD JEMPOL BULAN OGOS 2020 Jempol, 11 Ogos 2020 - Bermula jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos, 2020 bagi Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol. Dalam perhimpunan Bulanan  YDH SUPT Mohd Khairiel Bin Mohd Arif - Ketua Polis Daerah Jempol  menyampaikan amanat serta arahan-arahan dan isu-isu semasa kepada semua Pegawai Kanan, Anggota dan Penjawatan Awam yang hadir dan beliau turut  menyampaikan  Surat Penghargaan kepada Pegawai Kanan dan anggota yang menunjukkan prestasi tugas yang baik. Perhimpunan bulanan ini dihadiri seramai lebih kurang 63orang dari kalangan  pegawai kanan, anggota dan pegawai awam. Tujuan perhimpunan ini diadakan bagi  meningkatkan disiplin pegawai dan anggota serta menyampaikan arahan- arahan dan amanat dari kepimpinan Tertinggi PDRM supaya dapat diambil perhatian dan sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian . Dengan perjumpaan dan perhimpunan Bulanan sedikit s...

Majlis penyerahan. kit SRS dan Ramah Mesra SRS bersama PDRM Jempol

Image
 Majlis penyerahan Kit SRS dan Ramah Mesra SRS bersama  PDRM Jempol 8.8.2020 (Sabtu)-Jempol- Majlis Penyerahan Kit Skim Rondaan Sukarela(SRS) Peringkat Daerah Jempol telah diprogramkan dengan sesi ucapan oleh Pegawai Perpaduan En.Ruhaizat bin Hj Udin disusuli ucapan balas oleh YDH SUPT Mohd Khairiel bin Mohd Arif- Ketua Polis Daerah Jempol seterusnya merasmikan majlis perasmian penyerahan Kit Skim Rondaan Sukarela (SRS) Peringkat Daerah Jempol kepada semua Pengerusi -pengerusi KRT/Ketua SRS.Majlis yang diatur ini telah dihadiri seramai 60 orang  yang terdiri dari pegawai PDRM , Ahli-ahli SRS . Pada hari tersebut juga Ketua Polis Daerah Jempol dan barisan pegawai PDRM Jempol telah meluangkan masa melawat dan beramah mesra dengan beberapa KRT/SRS di Jempol.Antara SRS yang dilawati ialah SRS Taman Bahau dan SRS Taman Desa Puteri.Semasa lawatan tersebut ahli-ahli SRS dan penduduk setempat telah mengambil peluang untuk beramah mesra dan berdialog dengan barisan PDRM yang hadir...

Ops Sarang Narkotik IPD Jempol

Image
 Ops Sarang Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Jempol    Pada 6 Ogos 2020,  Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis Daerah Jempol telah menjalankan satu operasi Op Sarang di kawasan Felda Palong 5,  Gemas, Negeri Sembilan. Operasi ini dijalankan dengan bantuan pegawai dan keanggotaan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik  Negeri Sembilan  Bahagisn Siasatan Jenayah Narkotik Seremban dan Bhg Siasatan Jenayah Narkotik Nilai, Negeri Sembilan.Dalam operasi ini, satu  Pot pengedaran dan penagihan dadah yang dikenali sebagai Pot Pokok Kekabu  di Felda tersebut telah digempur. Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif, pot ini yang terletak dalam kebun kelapa sawit di felda itu telah digempur sekitar jam 0900 pagi 6.8.20 oleh sepasukan anggota Narkotik yang diketuai oleh Pegawai Turus Risikan, Operasi dan Tahanan JSJN NS, ASP Nursaiful Asrar b Ahmad Najih. Pot ini dipercayai mula aktif kira2 sejak dua bulan...

Lawatan kebajikan Oleh KJPJKK NS

Image
Lawatan kebajikan oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen N.Sembilan .  06.8.2020 (Khamis)- IPD Jempol telah menerima kunjungan dari Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK)- YDH ACP Mohd Ariff Bin Md Hanuddin dan telah meluangkan masa membuat lawatan kebajikan keatas salah seorang anggota IPD Jempol  yang bertugas di bahagian tersebut.Anggota yang dilawati ialah  SJN Azman Bin Mahidin yang telah selamat menjalani pembedahan jantung di IJN Kuala Lumpur dan beliau  memberi kata-kata nasihat serta sokongan moral kepada anggota tersebut dan berharap akan kembali pulih seperti sediakala.Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti Daerah -ASP Muhammad Kalid bin Muhammad Yahaya dan beberapa pegawai Kanan dari IPD Jempol.Lawatan tersebut amat dihargai oleh anggota yang terima kunjungan dan mengucapkan terima kasih kepada yang datang melawat. #kitajagakita #prihatin...

Program Ramah Mesra Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti Negeri Sembilan dengan MCPF

Image
6 Ogos. 2020 - Jempol - Program Ramah Mesra Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen N.Sembilan  -YDH ACP Mohd Ariff Bin Md Hanuddin bersama MCPF Negeri Sembilan dan MCPF Jempol .Program tersebut telah diaturkan di Cafe Garden View Bahau . Pelaksanaan program tersebut bertambah meriah apabila kesudian hadir oleh YBhg. Datuk Fadzil A. Bakar (Pengerusi MCPF Negeri Sembilan)dan YBhg. Dato' Hj Osman bin Hj Salleh (Timb. Pengerusi MCPF Negeri Sembilan) ke Jempol .Kehadiran semua tetamu istimewa ini telah disambut oleh YDH DSP Mohd Hafiz bin Muhammad Nor (Timbalan Ketua Polis Jempol ),Encik Chong Hang Leong (Pengerusi MCPF Jempol) dan barisan pegawai kanan dari Kontinjen Negeri Sembilan dan IPD Jempol serta barisan Ketua Polis Balai Daerah Jempol dan Ahli-ahli MCPF Jempol .Objektif program ini adalah membincangkan dan bertukar buah fikiran dalam menangani isu-isu jenayah yang kerap berlaku pada masa kini. Program seperti ini dapat mendekatkan serta menjalinka...

Lawatan kerja KJPJKK NS ke IPD Jemp

Image
Lawatan Kerja oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri Sembilan ke IPD Jempol. 6 Ogos 2020- Lawatan Kerja oleh YDH ACP Mohd Ariff Bin Md Hanuddin-Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri Sembilan (KJPJKK) telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD).Lawatan beliau  yang dihadiri bersama  YDH DSP Segaran A/L Vingadasalam - PT KSS JPJKK NS dan  ASP Chu Soon Lee - Wakil PT OD JPJKK NS telah disambut oleh DSP Mohd Hafiz bin Mohammad Nor - Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol ,Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah-ASP Muhammad Kalid bin Muhammad Yahaya serta pegawai kanan dan Ketua Polis Balai - Balai di Daerah  Jempol .Lawatan dan kunjungan rasmi ini telah memberi ruang kepada anggota - anggota Bahagian tersebut untuk beramah mesra dan sesi dialog dengan Ketua Jabatan mereka. Dalam sesi ramah mesra ini YDH KJPJKK NS telah sampaikan bebe...

Mesyuarat Agung Koperasi PDRM dan PPRPD

Image
Mesyuarat Agung Koperasi PDRM dan PPRPD IPD Jempol 4 Ogos 2020 - IPD Jempol adakan mesyuarat Agung Koperasi Polis Diraja Malaysia  Berhad dan Mesyuarat Agung PPRPD Peringkat Daerah Jempol bagi sesi 2020/2022 . Mesyuarat tersebut diadakan bagi memilih AJKKD baru bagi sesi 2020-2022.Pencalonan dipilih oleh suara majoriti yang hadir dalam mesyuarat tersebut .Bagi memperkasa program, satu ceramah ringkas  berkaitan hala tuju Koperasi telah diterangkan kepada semua yang hadir,selain memaklumkan beberapa keistimewaan dan manfaat yang diberi kepada ahli koperasi tersebut .Peserta yang hadir mengambil peluang yang diberi untuk sesi soal-jawab mengenai permasalahan yang timbul dan manfaat yang akan diperolehi oleh pencarum.Manakala Mesyuarat Agung PPRPD majoriti pemilihan adalah bagi jawatan Pengerusi dan Setiausaha bagi sesi 2020/2021. Majlis dijayakan dengan perasmian oleh YDH SUPT Mohd Khairiel bin Mohd Arif-Ketua Polis Daerah Jempol .Program tersebut juga mendapat perhatian apabila...

Pelancaran Info On Wheels (IOW) Merdeka Daerah Jempol

Image
4 Ogos 2020(selasa)- Pelancaran Info On Wheels (IOW) Merdeka Daerah Jempol telah dilancarkan pada hari ini oleh YDH SUPT Mohd Khairiel bin Mohd Arif - Ketua Polis Daerah Jempol dengan dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan dalam Daerah Jempol .Program tersebut adalah sebagai simbolik permulaan pergerakan semua aktiviti atau program-program yang akan dijalankan sepanjang Bulan Kebangsaan .Bersempena majlis Pelancaran pagi tadi ,edaran Jalur Gemilang turut disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Jempol kepada semua Ketua Jabatan dalam Daerah Jempol. Objektif utama adalah bagi meningkatkan semangat patriotrisme dan meningkatkan penghayatan sejarah perjuangan negara.Dengan pelbagai perancangan program yang diatur sepanjang Bulan kemerdekaan ini, sekaligus dapat memperkasakan semangat mengibarkan jalur Gemilang disemua peringkat usia dan bangsa umumnya rakyat Malaysia.Sepanjang Pelancaran tersebut mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak dan majlis berjalan dengan baik. #polisdanmasyarakatbe...

Kunjungan Ketua Polis Daerah Jempol ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Jempol

Image
Kunjungan Ketua Polis Daerah Jempol ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Jempol 4 Ogos 2020(Selasa)- Ketua Polis Daerah Jempol -SUPT Mohd Khairiel bin Mohd Arif telah berkunjung ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat  Jempol .Kunjungan tersebut lebih kepada menyantuni dan melihat keselamatan bangunan Kerajaan tersebut.Kunjungan beliau telah disambut oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jempol Cik Norasmawati Bte Selamat  .Jabatan Kebajikan Masyarakat Jempol menghargai kunjungan Ketua Polis Daerah Jempol dan mengucapkan terima kasih atas kesudian tersebut dan berharap dapat berkolaborasi dengan PDRM Jempol dengan lebih akrab lagi . #polisdanmasyarakatberpisahtiada #kitajagakita

Majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Ketua Polis Balai Sg Lui

Image
Majlis serah Terima Tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Ketua Polis Balai Sg.Lui. 3 Ogos 2020 - Jempol- Bertempat di Bilik Mesyuarat Balai Polis Ayer Hitam telah diadakan  majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Ketua Polis Balai Sg Lui .  Majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol adalah antara ASP Md Yusof Bin Ahmad   menyerah tugas kepada ASP Mohd Rashid bin Kasim disaksikan oleh YDH Supt Mohd Khairiel Bin Mohd Arif- Ketua Polis Daerah Jempol dan Serah Terima tugas Ketua Polis Balai Sg Lui antara Sjn Yusran bin Yusof dengan SM Joha bin Ismoni . Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor-Timb Ketua Polis Daerah Jempol, Ketua-ketua Bahagian,Pegawai-pegawai kanan, Ketua Polis Balai di Daerah Jempol,anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol dan anggota dari Balai Polis Sg Lui.  Majlis yang disusun berjalan dengan lancar  dan mendapat kerjasama dan sokong...

Solat dan Ibadah korban IPD Jempol

Image
Solat Aidiladha dan Program Korban di IPD Jempol. 31 Julai 2020 - Mematuhi SOP PKPP adalah satu perkara yang dititikberatkan oleh  IPD Jempol semasa melaksanakan program ibadah korban di surau IPD Jempol. Program yang mendapat sokongan penuh dari Ketua Polis Daerah Jempol sekeluarga telah memberi galakan dan semangat kerjasama kepada  semua warga IPD Jempol.Program korban di surau IPD Jempol kali ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari semua warga IPD Jempol dan ramai golongan yang disasarkan seperti fakir miskin mendapat infak barakah dari hasil korban yang diagihkan.Warga IPD Jempol mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Jempol sekeluarga dan kepada semua penyumbang bahagian Korban dimajlis tersebut. #salamaidiladha #silaturahim 

LDP- Tatacara Pengambilan Air Kencing

Image
LDP- Tatacara Pengambilan Air Kencing 30 Julai 2020 - Bahagian Sisatan Jenayah Narkotik IPD Jempol dengan kerjasama Bahagian Pengurusan telah aturkan Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP) berkaitan Tatacara Pengambilan Air Kencing di Bilik Maklumat Balai Polis Ayer Hitam.LDP tersebut telah dihadiri seramai 25 anggota dari Bahagian dan Balai.LDP disampaikan oleh SI Idris Bin Yan - Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Narkotik. Antara yang disampaikan ialah kuasa mengambil contoh spesimen air kencing. Tatacara mengambil contoh spesimen air kencing.   Mengiringi OKT untuk pungutan air kencing. Cara untuk menentukan botol-botol air kencing OKT tidak bertukar dan  pengawasan bagi menentukan keselamatan botol dan melabel serta  pengesahan butir-butir pada label. Dalam taklimat tersebut juga diterangkan kepada peserta tatacara penghantaran contoh air kencing ke hospital dan  Penyerahan botol spesimen air kencing untuk tujuan analisa serta prosedur dapat kan  keputusan uj...

Kunjungan hormat KPD Jempol ke JPJ Jempol

Image
Kunjungan hormat   YDH Ketua Polis Daerah Jempol Bersama Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Jempol Jempol -29 Julai 2020 Ketua Polis Daerah Jempol telah membuat kunjungan hormat  ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan cawangan Jempol Ketibaan YDH  SUPT.Mohd Khairiel bin Mohd Arif-Ketua Polis Daerah Jempol telah disambut oleh ketua Cawangan JPJ Jempol Tn. Rohaizat bin  Jamil dan Ketua Bahagian  Pelesenan Kenderaan dan Pemandu Tn Mohd Nazri Bin Saleh serta kakitangan cawangan tersebut .Kunjungan ini bertujuan untuk  merapatkan silaturrahim antara pucuk pimpinan IPD Jempol bersama Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Jempol.Selain itu juga dua agensi ini dapat  membincangkan berkaitan beberapa aspek Penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh  Jabatan Pengangkutan Jalan yang boleh dikolaborasi bersama.Lawatan sebegini juga adalah bagi   meningkatkan  penyampaian perkhidmatan supaya lebih efektif dan produktif dalam menguatk...

Pemeriksaan rekod CCRIS IPD Jempol

Image
PEMERIKSAAN SISTEM CCRIS DAN SESI KAUNSELING 27 Julai 2020-Bertempat di  Perkarangan Balai Polis Bandar Seri Jempol, seramai 13 Pegawai Kanan, 190 Anggota, dan 17 Pegawai Awam IPD Jempol telah menghadiri sesi pemeriksaan sistem CCRIS dan sesi kaunseling yang dikelolakan oleh Pegawai AKPK iaitu Puan Rosnani binti Ali dan dua orang pembantu iaitu Puan Siti Haseeza binti Mohd Hasnan dan Encik  Muhammad Fikri bin Yunos.  Semakan CCRIS dan sesi kaunseling ini adalah bertujuan untuk memastikan peserta mendapat khidmat nasihat dari agensi kaunseling dan pengurusan kredit (AKPK) berkaitan pengurusan kewangan.Sesi tersebut dibacakan sesi one to one session dan segala maklumat akan dirahsiakan dalam sesi tersebut. Dalam masa yang sama, individu boleh mendapat pendidikan kewangan untuk kemahiran asas pengurusan wang dan juga tips menggunakan kredit secara bertanggungjawab. Selain itu, individu juga boleh mendapat kaunseling secara peribadi dan nasihat untuk pengurusan kewangan yang ...

Ops Sepadu Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan daerah Jempol

Image
Ops Sepadu Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan di Daerah Jempol 25 Julai 2020- Jempol-PDRM Jempol berkolaborasi dengan  Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)Jabatan Penerangan,Majlis Perbandaran Jempol(MPJL) dan RELA telah membuat Ops Sepadu Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid 19 Daerah Jempol di sekitar pentadbiran Bahau. Turut serta dalam Ops tersebut ialah YDH Suprintendan Mohd Khairiel bin Mohd Arif -Ketua Polis Daerah Jempol dan YM Raja Norazli bin Raja Nordin -YDP Majlis Perbandaran Jempol.Tinjauan dan pemeriksaan dibuat keatas beberapa premis pengusaha makanan dan pasaraya yang terdapat di Jempol dan keatas beberapa pasar awam yang utama .Sepanjang Ops tersebut sebanyak 2 Kompaun telah dikeluarkan oleh KKM dan MPJL atas kegagalan mematuhi SOP PKPP .Objektif langkah pencegahan adalah bagi menangani penularan wabak Covid 19 dalam Daerah Jempol dan dalam masa yang sama memastikan semua premis dalam daerah Jempol mengikut SOP yang telah digariskan oleh M...

Riadah Terancang IPD Jempol

Image
Aktiviti Riadah Terancang  24 Julai 2020 - Perkarangan IPD Jempol ,seramai 68 yang terdiri kalangan pegawai, anggota dan kakitangan awam IPD Jempol telah meluangkan masa mengikuti riadah terancang yang dianjurkan oleh cawangan Latihan Bahagian Pengurusan IPD Jempol. Aktiviti Riadah terancang yang dijalankan pada petang ini adalah aktiviti 10 ribu langkah yang menggunakan trek laluan sekitar Bandar seri Jempol dan kembali semula ke IPD Jempol.Aktiviti tersebut adalah bagi  menggalak dan mewujudkan peluang dan kemudahan mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam sukan di semua peringkat.Selain itu sebagai suntikan  semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan individu aktiviti sebegini juga dapat memupuk semangat kesukanan dan membudayakan aktiviti sukan dikalangan warga IPD  terancaJempol.Riadah terancang ini adalah program yang dilakukan secara berterusan setiap minggu selaras dengan arahan pucuk pimpinan melahirkan pegawai PD...

Lawatan A117 oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan ke Balai Polis Ayer Hitam

Image
Lawatan YDH Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan   sempena  pemeriksaan   PTKPN A117 Balai Polis Ayer Hitam . 23 Julai 2020,Jempol- Lawatan dan pemeriksaan balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Ayer Hitam dihadiri oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Bin Othman .Pemeriksaan tersebut turut mendapat perhatian dengan kehadiran Ketua Jabatan Pengurusan- Suprintendan Haslah bte Bachok dan Ketua Polis Daerah Jempol - Suprintendan Mohd Khairiel Bin Mohd Arif . Skop pemeriksaan melitupi pemeriksaan ujian  kawad,pengurusan dokumen dan penyelenggaraan senjatapi dan aset kerajaan  berada didalam baik  Pemeriksaan yang dijalankan oleh seramai 8 pegawai kanan dari IPK Negeri Sembilan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari semua .Semasa lawatan tersebut juga turut disampaikan dan dikongsi bersama beberapa teguran dan nasihat untuk penambahbaikan pengurusan dan aset balai . Beberapa teguran dan panduan telah diberik...

LDP - Akta Rahsia Rasmi

Image
LDP- Akta Rahsia Rasmi 22 Julai 2020 - Jempol - Cawangan Khas IPD Jempol telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk Akta Rahsia Rasmi 1972. Taklimat berkaitan telah disampaikan oleh Insp Noorizzuddin Bin Mohamad Noor  dari Cawangan Khas IPD Jempol dan telah dihadiri seramai 26 peserta. Tujuan utama LDP ini dijalankan adalah untuk memberitahu bagaimana  penjagaan rahsia Kerajaan dan maklumat-maklumat terperingkat merupakan suatu bentuk arahan yang telah sedia termaktub dalam Arahan Keselamatan. Dalam masa yang sama, peserta diingatkan supaya menjaga dokumen/ maklumat terperingkat Kerajaan agar tidak dibocorkan, didedahkan, disebarkan, disiarkan dan disampaikan kepada pihak-pihak lain dengan apa-apa cara sekalipun. Sebagai contoh menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar surat rasmi jabatan yang merupakan dokumen terperingkat dan kemudiannya diedarkan melalui aplikasi whatsapp kepada pihak luar. Perbuatan membocorkan rahsia Kerajaan bukan sahaja boleh men...

Taklimat Myangkasa Amanah Berhad - Wasiat

Image
TAKLIMAT MyANGKASA AMANAH BERHAD-WASIAT  21 Julai 2020 - IPD Jempol N.Sembilan aturkan satu taklimat  dari My- angkasa Amanah Berhad bertajuk Wasiat. Taklimat tersebut diadakan di Bilik mesyuarat Balai Polis Ayer Hitam dan disampaikan oleh penceramah jemputan dari Myangkasa Amanah Berhad iaitu En. Norsyah Bin Sharipuddin. Taklimat dihadiri seramai 40 peserta pelbagai pangkat .Taklimat tersebut dapat  membantu peserta  menguruskan harta pusaka secara teratur dan sah menurut undang - undang dan hukum syara' yang dilakukan sebelum seseorang itu meninggal dunia.Dalam masa yang sama peserta dapat melantik pentadbir bagi menguruskan segala aset - aset yang diperolehi dan mengelakkan perbalahan keluarga selepas seseorang itu meninggal dunia . Dalam masa yang sama dapat melantik penjaga harta untuk waris - waris di bawah umur dan yang kurang upaya dan mempercepatkan proses perundangan dan pembahagian harta kepada waris faraid.Kesimpulannya taklimat sebegini dapat membantu pe...

Program Gotong Royong Perdana Balai Polis Ayer Hitam

Image
Program Gotong Royong Perdana  21Julai 2020- Balai Polis Ayer Hitam Jempol telah mengadakan program gotong royong  Perdana melibatkan persekitaran Balai Polis Ayer Hitam  dan Pondok Polis Serting Hilir Kompleks.Gotong royong tersebut diadakan bagi persediaan lawatan A117 Balai Polis tersebut yang akan dihadiri oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan dan beberapa ketua  panel dari pelbagai Jabatan PDRM IPK NS pada 23 Julai 2020.Gotong Royong yang dihadiri seramai 50 anggota  tersebut dipecahkan kepada beberapa grup untuk agihan pembahagian tugasan untuk membersihkan kawasan persekitaran. Dengan program sebegini kita dapat membersihkan kawasan Balai dan Pondok sekaligus mengelakkan jangkitan pelbagai penyakit .Semua anggota memberikan kerjasama yang baik  dalam melaksanakan program tersebut . #polisdanmasyarakatberpisahtiada #kitajagakita

Taklimat E-Census

Image
Taklimat E-Census 20 Julai 2020 - IPD Jempol telah aturkan satu taklimat penting berkaitan e-census di Dewan IPD Jempol.Taklimat tersebut telah  diberi oleh Pn.Hartini Binti Yaacob  dari Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan.Kuarters perumahan IPD Jempol merupakan Kuarters perumahan yang terpilih untuk sistem E-census pada kali ini dan untuk menjayakan program tersebut,taklimat berkaitan e-census telah   dihadiri seramai 55 peserta yang terdiri dari kalangan Pegawai Kanan dan Anggota IPD Jempol .Taklimat tersebut adalah bertujuan mengumpul  maklumat penduduk melalui kiraan yang dilakukan secara berkala dan merupakan jumlah rasmi penduduk sesuatu  kesimpulkawasan.Secaraannya program sebegini akan menjadi input perancangan pembangunan negara termasuk pengagihan perkapasiti seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan menjadi input penanda aras baru dalam penyediaan indikator sosio-ekonomi.Para peserta diberi peluang menjawab  soal selidik secara a...

MENYANTUNI NILAI MURNI

Image
*MENYANTUNI NILAI MURNI* *MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL ARWAH & DOA SELAMAT DI BAHAGIAN JENAYAH*  17 Julai 2020 -  Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPD Jempol  telah mengadakan majlis bacaan yassin,tahlil Arwah dan doa selamat di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol .Majlis yang mulia tersebut telah dihadiri semua peringkat pegawai kanan dan anggota dari bahagian tersebut . BAKA IPD Jempol sentiasa peka dalam Berkongsi ilmu agama ke semua bahagian dan Balai- balai di bawah pentadbiran IPD Jempol yang dijalankan mengikut pusingan jadual yang telah diatur. Program sebegini sebenarnya adalah satu pendekatan murni yang boleh mengeratkan silaturahim disamping  meningkatkan lagi ilmu agama dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Pendidikan agama tidak terbatas di peringkat awal anak- anak malah patut diteruskan sehingga ke peringkat usia yang lebih dewasa. Semoga program sebegini dapat diteruskan dan memberi manfaat positif kepada semua. #bakaipdjempol #ilmuag...

LDP - PPS dan PPM

Image
Latihan Dalam Perkhidmatan-PPS dan PPM 16 Julai 2020 ( Khamis ),satu Latihan dalam Perkhidmatan elemen BPJKK bertajuk Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS )dan Pegawai Perhubungan Masjid( PPM) telah diadakan di bilik gerakan IPD Jempol. LDP tersebut disampaikan oleh ASP G/16347 Muhammad kalid bin Muhamed Yahaya-Ketua Bahagian PJKKD IPD Jempol dan dihadiri seramai 25 peserta dari  kalangan PPS dan PPM.Tujuan LDP ini dijalankan adalah  untuk memberi penerangan bagaimana tugas Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS),yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis diminta melakukan kunjungan ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan 2 kali bagi memberi nasihat berkaitan kepolisan kepada pelajar dan kehadiran polis mampu mengurangkan kes-kes disiplin dan jenayah dalam kalangan pelajar. Manakala pegawai dan anggota polis yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Masjid (PPM) pula  diwajibkan datang ke masjid untuk bertemu dengan pihak pengurusan masjid dua kali sebulan yang mana  bertu...

Lawatan dan pemeriksaan PTKPN A117

Image
Lawatan dan pemeriksaan Balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Ayer Hitam  16 Julai 2020,Jempol- Lawatan dan pemeriksaan balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Ayer Hitam  telah dihadiri oleh seramai 6 orang pegawai kanan dan 5 anggota dari pelbagai bahagian dan 2 KTA IPD Jempol . Pemeriksaan tersebut diketuai oleh ASP Azhar Bin Abu Hashim - Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Jempol yang mana beliau  telah mengambil ujian latihan kawad semasa pemeriksaan tersebut.Objektif dan pemeriksaan adalah untuk memastikan dokumen,buku dan aset kerajaan diselenggara dengan baik dan di kemaskini mengikut PTKPN yang sepatutnya.Semasa lawatan tersebut anggota balai berkenaan telah diuji dengan latihan kawad yang mana bagi memastikan semua anggota tahu memberi kata perintah dalam pergerakan kawad .Semasa lawatan tersebut juga turut disampaikan dan dikongsi bersama beberapa teguran dan nasihat untuk penambahbaikan pengurusan dan aset balai . Beberapa teguran dan panduan telah d...