Program Ramah Mesra Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti Negeri Sembilan dengan MCPF

6 Ogos. 2020 - Jempol - Program Ramah Mesra Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen N.Sembilan  -YDH ACP Mohd Ariff Bin Md Hanuddin bersama MCPF Negeri Sembilan dan MCPF Jempol .Program tersebut telah diaturkan di Cafe Garden View Bahau . Pelaksanaan program tersebut bertambah meriah apabila kesudian hadir oleh YBhg. Datuk Fadzil A. Bakar (Pengerusi MCPF Negeri Sembilan)dan YBhg. Dato' Hj Osman bin Hj Salleh (Timb. Pengerusi MCPF Negeri Sembilan) ke Jempol .Kehadiran semua tetamu istimewa ini telah disambut oleh YDH DSP Mohd Hafiz bin Muhammad Nor (Timbalan Ketua Polis Jempol ),Encik Chong Hang Leong (Pengerusi MCPF Jempol) dan barisan pegawai kanan dari Kontinjen Negeri Sembilan dan IPD Jempol serta barisan Ketua Polis Balai Daerah Jempol dan Ahli-ahli MCPF Jempol .Objektif program ini adalah membincangkan dan bertukar buah fikiran dalam menangani isu-isu jenayah yang kerap berlaku pada masa kini.
Program seperti ini dapat mendekatkan serta menjalinkan hubungan baik antara pihak PDRM dengan NGO khususnya masyarakat untuk turut bekerjasama berganding bahu membantu mencegah jenayah selaras dengan moto PDRM “ Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada “. Sepanjang program tersebut mendapat sokongan semua pihak dan majlis berjalan dengan lancar.

#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#kitajagakita



Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM