Program IOW Merdeka
PROGRAM IOW MERDEKA PENYERAHAN JALUR GEMILANG OLEH JABATAN PENERANGAN NEGERI SEMBILAN KEPADA IBU PEJABAT POLIS DAERAH JEMPOL
28 Ogos 2020 - IPD Jempol dengan kolaborasi bersama Jabatan Penerangan Negeri Sembilan
telah menganjurkan program IOW Merdeka sempena bulan kemerdekaan. Program yang diaturkan di IPD Jempol telah dihadiri oleh YBhg Hj Shahnon bin Mohamad - Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan serta Puan Siti Norezein binti Mahmood - Pegawai Penerangan Daerah Jempol ,manakala dari IPD Jempol diketuai oleh YDH DSP Mohd Hafiz bin Muhammad Nor -Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol .Semasa program tersebut penyerahan Jalur Gemilang kepada Front Liner ,penghuni kuarters perumahan IPD Jempol turut disampaikan. Objektif utama program ini adalah untuk menyemarakan semangat patriotisme melalui kibaran Jalur Gemilang dan juga membuktikan bahawa PDRM turut menyahut seruan kerajaan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang di kenderaan pasukan , pejabat dan berek perumahan IPD JEMPOL. Program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara PDRM dan agensi kerajaan yang lain. Sebagaimana selaras motto PDRM dengan kata mudah polis dan masyarat berpisah tiada.
#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#kitajagakita
#MalaysiaPrihatin
Comments
Post a Comment