Pelancaran Info On Wheels (IOW) Merdeka Daerah Jempol
4 Ogos 2020(selasa)- Pelancaran Info On Wheels (IOW) Merdeka Daerah Jempol telah dilancarkan pada hari ini oleh YDH SUPT Mohd Khairiel bin Mohd Arif - Ketua Polis Daerah Jempol dengan dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan dalam Daerah Jempol .Program tersebut adalah sebagai simbolik permulaan pergerakan semua aktiviti atau program-program yang akan dijalankan sepanjang Bulan Kebangsaan .Bersempena majlis Pelancaran pagi tadi ,edaran Jalur Gemilang turut disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Jempol kepada semua Ketua Jabatan dalam Daerah Jempol.
Objektif utama adalah bagi meningkatkan semangat patriotrisme dan meningkatkan penghayatan sejarah perjuangan negara.Dengan pelbagai perancangan program yang diatur sepanjang Bulan kemerdekaan ini, sekaligus dapat memperkasakan semangat mengibarkan jalur Gemilang disemua peringkat usia dan bangsa umumnya rakyat Malaysia.Sepanjang Pelancaran tersebut mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak dan majlis berjalan dengan baik.
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#kitajagakita
Comments
Post a Comment