Majlis penyerahan. kit SRS dan Ramah Mesra SRS bersama PDRM Jempol

 Majlis penyerahan Kit SRS dan Ramah Mesra SRS bersama  PDRM Jempol


8.8.2020 (Sabtu)-Jempol- Majlis Penyerahan Kit Skim Rondaan Sukarela(SRS) Peringkat Daerah Jempol telah diprogramkan dengan sesi ucapan oleh Pegawai Perpaduan En.Ruhaizat bin Hj Udin disusuli ucapan balas oleh YDH SUPT Mohd Khairiel bin Mohd Arif- Ketua Polis Daerah Jempol seterusnya merasmikan majlis perasmian penyerahan Kit Skim Rondaan Sukarela (SRS) Peringkat Daerah Jempol kepada semua Pengerusi -pengerusi KRT/Ketua SRS.Majlis yang diatur ini telah dihadiri seramai 60 orang  yang terdiri dari pegawai PDRM , Ahli-ahli SRS . Pada hari tersebut juga Ketua Polis Daerah Jempol dan barisan pegawai PDRM Jempol telah meluangkan masa melawat dan beramah mesra dengan beberapa KRT/SRS di Jempol.Antara SRS yang dilawati ialah SRS Taman Bahau dan SRS Taman Desa Puteri.Semasa lawatan tersebut ahli-ahli SRS dan penduduk setempat telah mengambil peluang untuk beramah mesra dan berdialog dengan barisan PDRM yang hadir. Objektif program tersebut menjadikan SRS sebagai Barisan Hadapan diperingkat komuniti dalam memutuskan rantaian Covid 19 di dalam komuniti dan menjaga kebersihan dan melaksanakan langkah -langkah pencegahan yang selamat sebelum melakukan rondaan.

Selain memastikan hubungan dan kerjasama antara Agensi Penguatkuasa terutama PDRM sentiasa berada di tahap yang terbaik dan berterusan ,rondaan SRS juga adalah lebih kepada pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti . Dengan  Rondaan Cegah Jenayah  segala maklumat berkaitan menyalahi undang undang dapat disalurkan selain muafakat dapat di perkukuhkan.Program kolaborasi seperti  ini dapat membantu pihak PDRM khasnya dalam membendung kegiatan jenayah dan saluran maklumat kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang dapat disalurkan kepada PDRM untuk diambil perhatian dan tindakan  seterusnya .PDRM berharap  kerjasama sebegini dapat diperkukuhkan di masa akan datang dan dapat diteruskan .Pihak PDRM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan Jempol dan  SRS/KRT yang dilawati sepanjang majlis tersebut.

#polisdanmasyarakatberpisahtiada




Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM