Mesyuarat Agung Koperasi PDRM dan PPRPD

Mesyuarat Agung Koperasi PDRM dan PPRPD IPD Jempol

4 Ogos 2020 - IPD Jempol adakan mesyuarat Agung Koperasi Polis Diraja Malaysia  Berhad dan Mesyuarat Agung PPRPD Peringkat Daerah Jempol bagi sesi 2020/2022 .
Mesyuarat tersebut diadakan bagi memilih AJKKD baru bagi sesi 2020-2022.Pencalonan dipilih oleh suara majoriti yang hadir dalam mesyuarat tersebut .Bagi memperkasa program, satu ceramah ringkas  berkaitan hala tuju Koperasi telah diterangkan kepada semua yang hadir,selain memaklumkan beberapa keistimewaan dan manfaat yang diberi kepada ahli koperasi tersebut .Peserta yang hadir mengambil peluang yang diberi untuk sesi soal-jawab mengenai permasalahan yang timbul dan manfaat yang akan diperolehi oleh pencarum.Manakala Mesyuarat Agung PPRPD majoriti pemilihan adalah bagi jawatan Pengerusi dan Setiausaha bagi sesi 2020/2021. Majlis dijayakan dengan perasmian oleh YDH SUPT Mohd Khairiel bin Mohd Arif-Ketua Polis Daerah Jempol .Program tersebut juga mendapat perhatian apabila disertai dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol- DSP Mohd Hafiz bin Muhammad Nor ,SI Syed bin Syed Mohamed- Ahli Lembaga Pengarah Koperasi PDRM serta barisan pegawai-pegawai kanan IPD Jempol. Sepanjang program mendapat sambutan dan kerjasama semua peringkat dan mesyuarat berjalan dengan lancar.


Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM