Ops Sarang Narkotik IPD Jempol
Ops Sarang Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Jempol
Pada 6 Ogos 2020, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis Daerah Jempol telah menjalankan satu operasi Op Sarang di kawasan Felda Palong 5, Gemas, Negeri Sembilan. Operasi ini dijalankan dengan bantuan pegawai dan keanggotaan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan Bahagisn Siasatan Jenayah Narkotik Seremban dan Bhg Siasatan Jenayah Narkotik Nilai, Negeri Sembilan.Dalam operasi ini, satu Pot pengedaran dan penagihan dadah yang dikenali sebagai Pot Pokok Kekabu di Felda tersebut telah digempur. Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif, pot ini yang terletak dalam kebun kelapa sawit di felda itu telah digempur sekitar jam 0900 pagi 6.8.20 oleh sepasukan anggota Narkotik yang diketuai oleh Pegawai Turus Risikan, Operasi dan Tahanan JSJN NS, ASP Nursaiful Asrar b Ahmad Najih. Pot ini dipercayai mula aktif kira2 sejak dua bulan lalu dan menjadi tumpuan penagih sekitar kawasan tersebut.Dalam Ops tersebut seramai 23 lelaki Melayu dan 1 perempuan Melayu telah berjaya ditangkap . Mereka berumur antara 29 tahun hingga 44 tahun yang kesemuanya adalah penduduk sekitar felda tersebut.Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif juga berkata dalam Operasi ini sejumlah dadah telah dirampas dari 2 orang tokan iaitu seorang lelaki berusia 44 tahun dan seorang perempuan berusia 29 tahun.Kesemua tokan dan penagih yang yang ditangkap telah menjalani ujian saringan air kencing dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
#bersamabanterasdadah
Comments
Post a Comment