Pemeriksaan rekod CCRIS IPD Jempol
PEMERIKSAAN SISTEM CCRIS DAN SESI KAUNSELING
27 Julai 2020-Bertempat di Perkarangan Balai Polis Bandar Seri Jempol, seramai 13 Pegawai Kanan, 190 Anggota, dan 17 Pegawai Awam IPD Jempol telah menghadiri sesi pemeriksaan sistem CCRIS dan sesi kaunseling yang dikelolakan oleh Pegawai AKPK iaitu Puan Rosnani binti Ali dan dua orang pembantu iaitu Puan Siti Haseeza binti Mohd Hasnan dan Encik
Muhammad Fikri bin Yunos. Semakan CCRIS dan sesi kaunseling ini adalah bertujuan untuk memastikan peserta mendapat khidmat nasihat dari agensi kaunseling dan pengurusan kredit (AKPK) berkaitan pengurusan kewangan.Sesi tersebut dibacakan sesi one to one session dan segala maklumat akan dirahsiakan dalam sesi tersebut. Dalam masa yang sama, individu boleh mendapat pendidikan kewangan untuk kemahiran asas pengurusan wang dan juga tips menggunakan kredit secara bertanggungjawab. Selain itu, individu juga boleh mendapat kaunseling secara peribadi dan nasihat untuk pengurusan kewangan yang bijak seperti menyediakan bajet, mengurus kewangan dan hal - hal lain berkaitan kredit dan membolehkan individu itu sendiri mempelajari bagaimana untuk menangani bebanan kredit dengan penuh bertanggungjawab untuk masa depan yang lebih baik dan mengawal semula kewangan untuk kehidupan yang lebih bermakna dan menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman peribadi melalui rundingan dengan penyedia kredit berkaitan. Justeru itu, perancangan kewangan peribadi adalah penting kerana ia memberikan ketenangan fikiran, jaminan masa depan dan kualiti hidup yang lebih baik.
Sepanjang program tersebut mendapat kerjasama semua pihak dan program berjalan dengan lancar.Warga IPD Jempol mengucapkan terima kasih kepada pengurusan IPD Jempol atas inisiatif program tersebut yang banyak memberi manfaat kepada semua .
#kitajagakita
#polissediaberkhidmat
Comments
Post a Comment