Community Policing IPD Jempol bersama Lions Club Bahau dan MPJL

  Community Policing IPD Jempol bersama Lions Club Bahau dan mPJL

18/8/2020(Selasa)- Jempol dengan kerjasama penuh dari Majlis Perbandaran Jempol dan  Lions Club Bahau telah berjaya melaksanakan satu program Community Policing di Jalan Gemilang Pekan Bahau.Majlis yang dihadiri SUPT Mohd Khairiel Bin Mohd Arif- Ketua Polis Daerah Jempol itu mendapat perhatian utama di kalangan masyarakat di Pekan Bahau  . Program tersebut juga  turut dihadiri oleh DSP Mohd Hafiz bin Muhammad Nor - Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol,En.Mohd Samsul bin Kamarudin- Ketua Penguatkuasa MPJL(wakil YDP MPJL),En.Riko Pok Wei Hang- Pengerusi Lions Club Bahau dan juga penyertaan  dari  PDRM,AMANITA,AJK Lions Club Bahau .Program dimulakan dengan gimik Pelancaran Papan Tanda Bersama Perangi Jenayah dan edaran Jalur Gemilang kepada pengguna Jalan raya .Dalam Program tersebut YDH KPD Jempol bersama Lions Club Bahau telah implimentasi sesi Meet and Greet ke atas premis- premis di Pekan Bahau dengan mengedar dan menampal stiker Pencegahan Jenayah.Program sebegini dapat memupuk semangat kerjasama antara PDRM dan masyarakat kearah pencegahan jenayah selain mendapatkan info- info terbaru mengenai kejadian jenayah yang berlaku dikawasan tertentu.Secara amnya program tersebut mendapat kerjasama semua pihak selaras dengan moto PDRM iaitu POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.Diharapkan kolaborasi sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang.

#polisdanmasyarakatberpisahtiada

#bersamacegahjenayah

#kitajagakita



Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM