Community Policing PDRM Jempol bersama Lions Club of Bahau

 COMMUNITY POLICING PDRM JEMPOL BERSAMA LIONS CLUB OF BAHAU - MERDEKA WALK MENDAKI BUKIT TAISHO


31 Ogos 2020- Jempol Merdeka Walk di 

Bukit Taisho Bahau satu program anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol dengan kerjasama Lions Club of Bahau telah diadakan sempena sambutan hari Kemerdekaan .Program telah dirasmikan oleh YDH Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif-Ketua Polis Daerah Jempol .Turut hadir YDH DSP Mohd Hafiz bin Muhammad Nor-Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol dan Mr Rico Pok Wei Hang-Presiden Lions Club of Bahau. Tidak ketinggalan barisan Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Polis Balai IPD Jempol,Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis IPD Jempol serta Komuniti Bahau.

Objektif utama Program ini adalah menggalakkan masyarakat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat yang aktif bersukan masih lagi rendah serta mewujudkan interaksi dan sosialisasi antara PDRM dan masyarakat.

Seperti yang kita sedia maklum amalan mendaki bukit merupakan salah satu gaya hidup sihat dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat masyarakat.

Program yang dirancang ini telah disertai seramai 250 individu dari pelbagai komuniti dan peringkat serta berjalan dengan lancar  dan baik. Satu program yang boleh mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara PDRM dan masyarat selaras dengan moto PDRM "Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada"


#malaysiaprihatin

#polisdanmasyarakatberpisahtiada

#kitajagakita



Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM