Ops Bersepadu IPD Jempol
Ops Bersepadu IPD Jempol
10/8/2020( Isnin)- Jempol - Satu Ops Bersepadu telah di buat dibawah pentadbiran Balai Polis Batu Kikir Negeri Sembilan.
Ops tersebut bermula jam 9 malam berakhir awal pagi dan diketuai oleh Insp Mohd Shah bin Sukiran -Pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol bersama 22 anggota dari pelbagai bahagian .
Tumpuan ops adalah tertumpu ke kawasan yang kerap berlaku jenayah pecah rumah.Ops yang dibantu sepenuhnya oleh Ketua Polis Balai Bt kikir - SM Abd Karim Bin Buang tertumpu ke beberapa lokasi yang telah dijalankan risikan awal .
Tumpuan pertama keatas sebuah rumah Kuarters Pekerja Felcra Berhad yang di diami 9 individu lelaki. Pemeriksaan dalam rumah gagal menemui barang salah. Namun subjek di syaki terlibat dalam kegiatan penagihan dadah dan di bawa balik ke Balai Polis Bt Kikir untuk di jalankan saringan awal air kencing. Keputusan saringan awal air kencing terhadap subjek dapati 3 - individu nagetif dadah dan 6 - individu positif METH. individu negatif di lepaskan dan di bebaskan tanpa syarat manakala 6 individu positif METH telah di serahan kepada Pegawai Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Jempol untuk tindakan selanjutnya kerana subjek masih dalam Parol Penjara. Lokasi ops berikutnya sebuah rumah pekerja Felcra Berhad Kawasan Serting Bt kikir dan di diami 2 individu lelaki. Pemeriksaan dalam rumah gagal menemui barang salah. Subjek di syaki terlibat dalam kegiatan penagihan dadah dan di bawa balik ke Balai Polis Bt Kikir untuk di jalankan saringan awal air kencing.Keputusan saringan awal air kencing terhadap subjek dapati 1- individu nagetif dadah dan 1 - individu positif METHI individu negatif dadah di lepaskan dan di bebaskan tanpa syarat. Sementara individu positif METH di serahkan kepada Bahagian Narkotik IPD Jempol untuk tindakan lanjut.Seterusnya maklumat menuju kepada 2 buah rumah kongsi tidak bernombor di rumah Kongsi Padang Ragut Kg Bukit Kerdas Batu Kikir N.Sembilan,serbuan mendapati rumah kongsi di diami oleh 7 lelaki warga negara bangladesh,1 lelaki warga negara indonesia dan 1 perempuan warga negara Indonesia .Hasil pemeriksaan dalam rumah kongsi gagal menemui barang salah. Kesemua subjek di tangkap kerana gagal kemukakan dokumen perjalanan diri yang sah dan akan dirujuk Jabatan Imigresen.
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
Comments
Post a Comment