Lawatan kerja KJPJKK NS ke IPD Jemp

Lawatan Kerja oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri Sembilan ke IPD Jempol.

6 Ogos 2020- Lawatan Kerja oleh YDH ACP Mohd Ariff Bin Md Hanuddin-Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri Sembilan (KJPJKK) telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD).Lawatan beliau  yang dihadiri bersama 
YDH DSP Segaran A/L Vingadasalam - PT KSS JPJKK NS dan  ASP Chu Soon Lee - Wakil PT OD JPJKK NS telah disambut oleh DSP Mohd Hafiz bin Mohammad Nor - Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol ,Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah-ASP Muhammad Kalid bin Muhammad Yahaya serta pegawai kanan dan Ketua Polis Balai - Balai di Daerah  Jempol .Lawatan dan kunjungan rasmi ini telah memberi ruang kepada anggota - anggota Bahagian tersebut untuk beramah mesra dan sesi dialog dengan Ketua Jabatan mereka.
Dalam sesi ramah mesra ini YDH KJPJKK NS telah sampaikan beberapa amanat kepada anggota BPJKKD Jempol ,antaranya:
-Sentiasa mengutamakan Integriti dalam perlaksanaan tugas seharian.
-Menjaga keterampilan & kekemasan diri agar kelihatan segak serta di yakini oleh masyarakat.
-Memastikan setiap tindakan yang dilaksanakan adalah berlandaskan kepada undang - undang & berhati - hati semasa berhadapan dengan masyarakat bagi mengelak sebarang tindakan yang  boleh mencemarkan imej pasukan. 
-Sentiasa mengemaskini buku saku & mencatat setiap pergerakan di lokasi rondaan yang di lawati.
-Disarankan agar semua penyelia menyediakan buku lawatan masing - masing & mencatat setiap arahan serta taklimat yang di sampaikan kepada anggota semasa keluar bertugas dan tamat tugas.
-Sentiasa yakin kepada kemampuan diri sendiri & menitikberatkan disiplin serta kebersihan.
- Setiap tangkapan yang berkualiti akan dicadangkan untuk menerima surat penghargaan Ketua Polis Negeri Sembilan.
-Meningkatkan  lawatan ke masjid-masjid dan jalinkan hubungan baik dengan Ahli Jawatankuasa Masjid dalam konteks memberi kesedaran dan memberi tip-tip pencegahan Jenayah.  
-Meningkatkan lawatan keatas rumah-rumah ibadat bukan Islam.
 -Frontliners ( MPV & URB) membawa nama baik PDRM.
-BPJKK perlu megaturkan Op Bersepadu bersama agensi luar dan didalam jabatan.
-Utamakan keselamatan diri, keselamatan rakan sekerja dan aset-aset pasukan.
-Semangat saling hormat menghormati sesama rakan sekerja, penyelia dan pegawai kanan.
Dengan keakraban begini anggota diperingkat bawahan akan berasa diri mereka dititikberatkan oleh pegawai atasan demi kecemerlangan tugas dan memberi dorongan kepada semua peringkat untuk laksanakan tugas dengan lebih baik lagi.

#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#kitajagakita


Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM