Latihan Kawad Bulanan IPD Jempol
LATIHAN KAWAD BULANAN BAGI BULAN OKTOBER 2020 PERINGKAT IPD JEMPOL
IPD Jempol - 30 Oktober 2020(Jumaat), Latihan Kawad Bulanan bagi bulan Oktober 2020 IPD Jempol yang telah berlangsung di Perkarangan IPD Jempol Negeri Sembilan. Latihan Kawad ini telah dihadiri oleh 10 Pegawai Kanan, dan 55 Anggota IPD Jempol.
Latihan kawad ini bertujuan bagi mengulangkaji asas membentuk pembentukan disiplin dan membina imej yang baik dalam pasukan. Disamping itu, ia boleh menyatukan semua pegawai dan anggota pasukan sebagai sebuah pasukan yang mantap dan berintegriti. Latihan kawad ini dapat mengemaskan dan memantapkan pergerakan kawad untuk lebih bersemangat dan berdisiplin, terutama dari segi pengurusan masa dan sikap.
Tambahan lagi, setiap pegawai dan anggota dapat memahirkan serta dapat meningkatkan jati diri sebagai seorang warga PDRM yang mampu menerapkan konsep _Command and Control_ terutamanya dalam memberi dan mendengar arahan dan dapat mengulangkaji pergerakan asas kawad serta garis panduan dan menanamkan keyakinan untuk memberi kata perintah yang betul dan berkesan.
Kesimpulannya, dengan adanya latihan kawad sebegini, ia dapat memastikan disiplin pegawai dan anggota berada pada tahap yang terbaik.
#ipdjempol
#Latihankawadbulananoktober2020
Comments
Post a Comment