ops sepadu IPD Jempol

 Ops Sepadu IPD Jempol


Jempol,16 Ogos- Ops Sepadu ,Polis  Jempol dengan bantuan pasukan sahabat telah membuat pemeriksaan keatas seramai 103 warganegara asing dan telah  menangkap  32  pendatang asing tanpa izin ( PATI ) membabitkan 17 warganegara Indonesia, 09 warganegara Bangladesh,5 warganegara Rohingya dan 1 warganegara Vietnam.Pelaksanaan Ops tersebut adalah inisiatif Pegawai Daerah Jempol- Ybhg Tuan Shahrul Nizam bin Saleh. Turut hadir dalam ops tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol- YM Raja Norazli bin Raja Nordin ,Ybhg Datin Dr.Ariza Bte Zainudin - Pakar Perubatan Kesihatan awam ,Pejabat Kesihatan Daerah Jempol,YDH Ketua Polis Daerah Jempol-SUPT Mohd Khairiel Bin Mohd Arif dan Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol- DSP Mohd Hafiz bin Muhammad Nur.Kesemua PATI berkenaan ditangkap dalam operasi ops Sepadu tersebut  bermula  jam 10.30 malam sehingga 5.00 pagi - 17 Ogos hari ini.  

Penugasan Ops Sepadu tersebut  membabitkan 40 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol serta seramai 48 orang dari Pasukan sahabat(Kementerian Kesihatan,Majlis Perbandaran Jempol,RELA,APM,dan Penerangan Jempol)

Tujuan operasi adalah bagi membanteras kebanjiran PATI selain mengekang penularan wabak covid-19 membabitkan warga asing yang memasuki negara ini secara tidak sah.

Dalam masa yang sama PDRM Jempol dengan sokongan penuh dari Jabatan Penerangan dan pasukan sahabat yang lain telah melaksanakan Pemantauan Pematuhan SOP PKPP dan Penyerahan Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan kepada premis-premis makanan di sekitar Bahau.Kesemua tangkapan  ditahan dibawah kesalahan  Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.


#kitajagakita

#cegahjenayahbersama


Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM