Majlis serah terima tugas Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai

 Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai 


28 Ogos 20 - Jempol ,Satu Majlis Serah Terima Tugas telah diadakan di IPD Jempol melibatkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,Inspektor Ketenteraman Awam dan Ketua Polis Balai Bandar Seri Jempol.Program tersebut ekoran arahan Pertukaran Pegawai Kanan baru- baru ini.Majlis yang disaksikan oleh YDH Ketua Polis Daerah Jempol itu dimulakan dengan penyerahan tugas oleh ASP Azhar bin Abu Hashim.kepada Inspektor Florance Liu Ai Lin dan antara ASP Mohd Asri bin Mohd  Yunos dengan Insp Arif Bin Jantan seterusnya Inspektor Khaizir Muzani bin Md Yusof serah kepada Inspektor Mohammed Shah bin Sukiran .Majlis tersebut turut dihadiri oleh DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor- Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Ybhg Pn Safinaz binti Mohamad Yusup -Pengerusi perkep IPD Jempol,Ketua-ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, wakil-wakil perkep dan Warga IPD Jempol.Majlis yang disusun berjalan dengan lancar  dan mendapat kerjasama semua pihak.Ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis tersebut dan selamat maju jaya kepada yang bertukar dan teruskan kesinambungan tugas demi tanggungjawab yang diamanahkan.


#kitajagakita

#sediaberkhidmat




Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM