Program Gotong Royong Perdana Balai Polis Ayer Hitam
Program Gotong Royong Perdana
21Julai 2020- Balai Polis Ayer Hitam Jempol telah mengadakan program gotong royong
Perdana melibatkan persekitaran Balai Polis Ayer Hitam dan Pondok Polis Serting Hilir Kompleks.Gotong royong tersebut diadakan bagi persediaan lawatan A117 Balai Polis tersebut yang akan dihadiri oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan dan beberapa ketua panel dari pelbagai Jabatan PDRM IPK NS pada 23 Julai 2020.Gotong Royong yang dihadiri seramai 50 anggota tersebut dipecahkan kepada beberapa grup untuk agihan pembahagian tugasan untuk membersihkan kawasan persekitaran.
Dengan program sebegini kita dapat membersihkan kawasan Balai dan Pondok sekaligus mengelakkan jangkitan pelbagai penyakit .Semua anggota memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan program tersebut .
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#kitajagakita
Comments
Post a Comment