Ops Sepadu Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan daerah Jempol
Ops Sepadu Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan di Daerah Jempol
25 Julai 2020- Jempol-PDRM Jempol berkolaborasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)Jabatan Penerangan,Majlis Perbandaran Jempol(MPJL) dan RELA telah membuat Ops Sepadu Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid 19 Daerah Jempol di sekitar pentadbiran Bahau. Turut serta dalam Ops tersebut ialah YDH Suprintendan Mohd Khairiel bin Mohd Arif -Ketua Polis Daerah Jempol dan YM Raja Norazli bin Raja Nordin -YDP Majlis Perbandaran Jempol.Tinjauan dan pemeriksaan dibuat keatas beberapa premis pengusaha makanan dan pasaraya yang terdapat di Jempol dan keatas beberapa pasar awam yang utama .Sepanjang Ops tersebut sebanyak 2 Kompaun telah dikeluarkan oleh KKM dan MPJL atas kegagalan mematuhi SOP PKPP .Objektif langkah pencegahan adalah bagi menangani penularan wabak Covid 19 dalam Daerah Jempol dan dalam masa yang sama memastikan semua premis dalam daerah Jempol mengikut SOP yang telah digariskan oleh MKN seperti menyediakan buku catatan kehadiran, sukatan suhu ,sanitizer,face mask terhadap pengunjung premis disamping mengamalkan jarak sosial.Secara Umumnya operasi mencapai sasaran iaitu untuk mendisiplinkan masyarakat mengikut SOP dan bersama menangani penularan wabak Covid 19.Ops Sepadu mendapat kerjasama semua agensi dan awam . PDRM mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberi kan oleh semua pihak dalam mengekang rantaian Covid 19 .
#cegahcovid19
#kitajagakita
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
Comments
Post a Comment