LDP - PPS dan PPM

Latihan Dalam Perkhidmatan-PPS dan PPM

16 Julai 2020 ( Khamis ),satu Latihan dalam Perkhidmatan elemen BPJKK bertajuk Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS )dan Pegawai Perhubungan Masjid( PPM) telah diadakan di bilik gerakan IPD Jempol. LDP tersebut disampaikan oleh ASP G/16347 Muhammad kalid bin Muhamed Yahaya-Ketua Bahagian PJKKD IPD Jempol dan dihadiri seramai 25 peserta dari  kalangan PPS dan PPM.Tujuan LDP ini dijalankan adalah  untuk memberi penerangan bagaimana tugas Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS),yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis diminta melakukan kunjungan ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan 2 kali bagi memberi nasihat berkaitan kepolisan kepada pelajar dan kehadiran polis mampu mengurangkan kes-kes disiplin dan jenayah dalam kalangan pelajar.
Manakala pegawai dan anggota polis yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Masjid (PPM) pula  diwajibkan datang ke masjid untuk bertemu dengan pihak pengurusan masjid dua kali sebulan yang mana  bertujuan mendekatkan polis dengan komuniti masjid dan memudahkan kariah masjid menyampaikan maklumat jika berlaku jenayah di kawasan masjid.Selain itu bertujuan memantau keselamatan dan menangani jenayah di kawasan masjid, pendekatan ini juga memerlukan anggota polis aktif dalam aktiviti keagamaan supaya lebih rapat dengan kariah sesuatu masjid. Ia dapat menimbulkan rasa selamat dalam kalangan kariah.Peserta amat menghargai dengan program yang dianjurkan oleh Pengurusan IPD Jempol dan mengucapkan ribuan terima kasih serta berharap program sebegini dapat dikerapkan dari masa ke semasa .

#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#kitajagakita



Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM