Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Perladangan Komuniti
Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Perladangan Komuniti
7hb September 2020- Jempol - Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Perladangan Komuniti telah diadakan di Plus Intervest Sdn Bhd Batu Kikir .Perasmian tersebut telah dihadiri oleh VIP utama iaitu YB Dato Dr Mohd KhairuddinBin Aman Razali (Menteri Perusahaan Perladangan &Komuniti) dan disaksikan oleh YB. Datuk Chua Hick Gee ( MPMA), YB. Dato Shamdul Kahar ( DUN SERTING),YB. Teo Kok Seong (EXCO N. SEMBILAN),YM Raja Norazli Bin Raja Nordin (YDP MPJPL),YB Dr Khali Aziz Bin Hamzah(KP FRIM) seterusnya bagi PDRM Jempol dihadiri oleh YDH DSP. Mohd Hafiz BIn Muhammad Nor (P/KPD JEMPOL) ,barisan pegawai kanan,Ketua Polis Balai Bt Kikir dan anggota .Program tersebut merupakan anjuran Persatuan Pekilang Panel Malaysia(MPMA) dan Plus Intervest disokong dengan kerjasama institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) disokong Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia(MTIB) dan Majlis Perkayuan Malaysia (MTC).Program ini adalah bertujuan memperkenalkan spesis-spesis pokok dengan pertumbuhan cepat seperti Batai dan Eucalyptus bagi memastikan kelestarian bahan mentah kayu serta mengurangkan kebergantungan sumber dan hutan asli.Program ini melibatkan golongan B40 sebagai aktiviti menjana dan tambah pendapatan mereka .Dijangkakan hasil pulangan tinggi bakal dinikmati oleh pengusaha dalam jangkamasa pendek .Sebagai implimentasi awal program disertai oleh komuniti terpilih sekitar Batu Kikir dan melibatkan syarikat -syarikat, agensi - agensi serta pemilik industri .Beberapa lokasi terpilih kemudiannya akan dirancang dan diwujudkan.Dalam program tersebut YB Menteri turut menyampaikan sumbangan anak-anak pokok Eucalyptus Pelita kepada wakil peserta ladang komuniti sebagai simbolik pelancaran program.Program berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan semua pihak yang terlibat secara langsung.
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#sayangialamsekitar
#cintaikhazanahalamsemesta
Comments
Post a Comment