Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan
Lawatan dan pemeriksaan Balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Bandar Seri Jempol dan Pondok Polis Mahsan 05 November 2020, IPD Jempol- Lawatan dan pemeriksaan PTKPN A117 telah dilaksanakan di Balai Polis Bandar Seri Jempol & Pondok Polis Mahsan dan ahli pemeriksa diketuai oleh YDH DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor, Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol bersama (5)lima Pegawai Kanan, (5)lima Anggota dan (2)dua KTA dari pelbagai bahagian dan cawangan. Objektif pemeriksaan adalah bertujuan untuk memastikan segala aspek pentadbiran balai berjalan lancar, keberkesanan anggota menjalankan tugas pada tahap yang maksimum dan memastikan bangunan dan peralatan yang dibekalkan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Semasa lawatan tersebut anggota balai berkenaan telah diuji dengan latihan kawad yang mana bagi memastikan semua anggota tahu memberi kata perintah dalam pergerakan kawad. Semasa lawatan tersebut juga disampaikan dan dikongsi bersama beberapa teguran dan nasihat...
Comments
Post a Comment