Perhimpunan bulanan IPD Jempol
PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH JEMPOL BULAN SEPTEMBER
29 Sept 2020 ( Selasa )- Perhimpunan Bulanan KPD Jempol telah diadakan di dewan IPD Jempol .Perhimpunan yang diambil oleh YDH DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor - PMG Ketua Polis Daerah Jempol telah dihadiri seramai 15 pegawai kanan dan 34 anggota dan pegawai awam serta 11 penerima surat penghargaan dari kalangan Pegawai dan anggota.Tujuan dan objektif perhimpunan dapat meningkatkan disiplin pegawai dan anggota disamping memupuk semangat kerjasama dan semangat setia kawan dapat di pamerkan dalam program tersebut.Dalam perhimpunan tersebut YDH P/KPD Jempol telah sampaikan beberapa amanat dan arahan berkaitan isu-isu semasa . Sepanjang perhimpunan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua peringkat.
#perhimpunanbulananipdjempol
Comments
Post a Comment