Riadah Terancang IPD Jempol
Aktiviti Riadah Terancang
24 Julai 2020 - Perkarangan IPD Jempol ,seramai 68 yang terdiri kalangan pegawai, anggota dan kakitangan awam IPD Jempol telah meluangkan masa mengikuti riadah terancang yang dianjurkan oleh cawangan Latihan Bahagian Pengurusan IPD Jempol. Aktiviti Riadah terancang yang dijalankan pada petang ini adalah aktiviti 10 ribu langkah yang menggunakan trek laluan sekitar Bandar seri Jempol dan kembali semula ke IPD Jempol.Aktiviti tersebut adalah bagi menggalak dan mewujudkan peluang dan kemudahan mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam sukan di semua peringkat.Selain itu sebagai suntikan semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan individu aktiviti sebegini juga dapat memupuk semangat kesukanan dan membudayakan aktiviti sukan dikalangan warga IPD terancaJempol.Riadah terancang ini adalah program yang dilakukan secara berterusan setiap minggu selaras dengan arahan pucuk pimpinan melahirkan pegawai PDRM yang sihat fizikal dan mental .
#kitajagakita
#sukanuntuksemua
#polisdanmasyarakberpisahtiada
#badansihatcergas
Comments
Post a Comment