Majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Ketua Polis Balai Sg Lui
Majlis serah Terima Tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Ketua Polis Balai Sg.Lui.
3 Ogos 2020 - Jempol- Bertempat di Bilik Mesyuarat Balai Polis Ayer Hitam telah diadakan majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Ketua Polis Balai Sg Lui .
Majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol adalah antara ASP Md Yusof Bin Ahmad menyerah tugas kepada ASP Mohd Rashid bin Kasim disaksikan oleh YDH Supt Mohd Khairiel Bin Mohd Arif- Ketua Polis Daerah Jempol dan Serah Terima tugas Ketua Polis Balai Sg Lui antara Sjn Yusran bin Yusof dengan SM Joha bin Ismoni . Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh DSP Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor-Timb Ketua Polis Daerah Jempol, Ketua-ketua Bahagian,Pegawai-pegawai kanan, Ketua Polis Balai di Daerah Jempol,anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol dan anggota dari Balai Polis Sg Lui.
Majlis yang disusun berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dan sokongan penuh dari semua bahagian dan anggota .IPD Jempol mengucapkan selamat maju jaya kepada ASP Md Yusof Bin Ahmad dan Sjn Yusran bin Yusof .Semoga terus cemerlang dalam tugas dan sentiasa komited dengan amanah yang ditanggungjawabkan .
#majlisserahterimatugas
#kitajagakita
#selamatmajujaya
Comments
Post a Comment