Riadah Terancang larian 2.4 KM

 RIADAH TERANCANG : LARIAN 2.4 KM

06 November 2020 , IPD Jempol menjalankan rutin mingguan melalui Cawangan Latihan/sukan IPD Jempol iaitu larian 2.4 KM di Perkarangan IPD Jempol. Program yang dihadiri seramai 12 Pegawai kanan, 55 Anggota dan Pegawai Awam. Objektif utama program larian 2.4 KM ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kecergasan individu berlandaskan kesihatan mengikut penilaian masa larian yang telah ditetapkan. Ianya juga dapat meningkatkan kadar kesihatan kardiovaskular atau jantung. Dengan setiap aktiviti larian individu akan melatih jantung untuk bekerja dan membantu pengaliran darah dengan baik. Secara tak langsung boleh mengurabgkan risiko serangan jantung, darah tinggi atau strok. Disamping itu, dengan larian 2.4 KM ini juga dapat memberi bebanan otot dan tulang secara positif dan pada masa yang sama tulang akan dirangsang untuk jadi lebih kuat dan tak mudah dimamah usia. Semasa melakukan senaman darah yang kaya dengan oksigen akan dialirkan dengan baik ke bahagian otak. Lalu menyebabkan bekalan oksigen di bahagian otak mencukupi. Ini akan buat individu menjadi lebih segar dan produktif semasa bekerja. Secara kesimpulannya, riadah terancang ini adalah program yang dilakukan secara berterusan setiap minggu selaras dengan arahan pucuk pimpinan.

#RiadahterancangIPDJempol

#Amalkangayahidupsihat

#Andasihatpasticeria



Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol