LDP- Tatacara Pengambilan Air Kencing
LDP- Tatacara Pengambilan Air Kencing
30 Julai 2020 - Bahagian Sisatan Jenayah Narkotik IPD Jempol dengan kerjasama Bahagian Pengurusan telah aturkan Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP) berkaitan Tatacara Pengambilan Air Kencing di Bilik Maklumat Balai Polis Ayer Hitam.LDP tersebut telah dihadiri seramai 25 anggota dari Bahagian dan Balai.LDP disampaikan oleh
SI Idris Bin Yan - Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Narkotik. Antara yang disampaikan ialah kuasa mengambil contoh spesimen air kencing. Tatacara mengambil contoh spesimen air kencing. Mengiringi OKT untuk pungutan air kencing. Cara untuk menentukan botol-botol air kencing OKT tidak bertukar dan pengawasan bagi menentukan keselamatan botol dan melabel serta pengesahan butir-butir pada label. Dalam taklimat tersebut juga diterangkan kepada peserta tatacara penghantaran contoh air kencing ke hospital dan Penyerahan botol spesimen air kencing untuk tujuan analisa serta prosedur dapat kan keputusan ujian air kencing dari hospital / jabatan kimia.Latihan dalam perkhidmatan ini dijalankan bagi memantapkan dan mengulangkaji tatacara yang betul tentang pengambilan air kencing. Secara keseluruhannya peserta kursus menghargai LDP yang diaturkan dan mengucapkan terima kasih kepada pengurusan IPD Jempol.
#kitajagakita
#ldpipdjempol
Comments
Post a Comment