Lawatan A117 oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan ke Balai Polis Ayer Hitam

Lawatan YDH Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan   sempena  pemeriksaan   PTKPN A117 Balai Polis Ayer Hitam .

23 Julai 2020,Jempol- Lawatan dan pemeriksaan balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Ayer Hitam dihadiri oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Bin Othman .Pemeriksaan tersebut turut mendapat perhatian dengan kehadiran Ketua Jabatan Pengurusan- Suprintendan Haslah bte Bachok dan Ketua Polis Daerah Jempol - Suprintendan Mohd Khairiel Bin Mohd Arif . Skop pemeriksaan melitupi pemeriksaan ujian  kawad,pengurusan dokumen dan penyelenggaraan senjatapi dan aset kerajaan  berada didalam baik 
Pemeriksaan yang dijalankan oleh seramai 8 pegawai kanan dari IPK Negeri Sembilan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari semua .Semasa lawatan tersebut juga turut disampaikan dan dikongsi bersama beberapa teguran dan nasihat untuk penambahbaikan pengurusan dan aset balai . Beberapa teguran dan panduan telah diberikan oleh YDH SAC Che Zakaria Bin Othman   dan pegawai pemeriksa lain supaya ada penambahbaikan dimasa akan datang.
Sepanjang lawatan dan pemeriksaan tersebut mendapat kerjasama yang baik dari Ketua Polis Balai dan semua anggota .Pihak IPD Jempol sangat berbesar hati dan menghargai kunjungan kepimpinan Tertinggi Kontinjen Negeri Sembilan dan berterima kasih pada pihak pengurusan yang terlibat secara langsung dalam menjayakan Lawatan tersebut.

#kitajagakita
#polissediaberkhidmat


Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM