Lawatan dan pemeriksaan PTKPN A117

Lawatan dan pemeriksaan Balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Ayer Hitam 

16 Julai 2020,Jempol- Lawatan dan pemeriksaan balai di bawah PTKPN A117 Balai Polis Ayer Hitam  telah dihadiri oleh seramai 6 orang pegawai kanan dan 5 anggota dari pelbagai bahagian dan 2 KTA IPD Jempol . Pemeriksaan tersebut diketuai oleh ASP Azhar Bin Abu Hashim - Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Jempol yang mana beliau  telah mengambil ujian latihan kawad semasa pemeriksaan tersebut.Objektif dan pemeriksaan adalah untuk memastikan dokumen,buku dan aset kerajaan diselenggara dengan baik dan di kemaskini mengikut PTKPN yang sepatutnya.Semasa lawatan tersebut anggota balai berkenaan telah diuji dengan latihan kawad yang mana bagi memastikan semua anggota tahu memberi kata perintah dalam pergerakan kawad .Semasa lawatan tersebut juga turut disampaikan dan dikongsi bersama beberapa teguran dan nasihat untuk penambahbaikan pengurusan dan aset balai . Beberapa teguran dan panduan telah diberikan oleh ASP Azhar  Bin Abu Hashim dan pegawai pemeriksa lain supaya ada penambahbaikan dimasa akan datang.
Sepanjang lawatan dan pemeriksaan tersebut mendapat kerjasama yang baik dari Ketua Polis Balai dan semua anggota .

#kitajagakita
#polisdanmasyarakatberpisahtiada



Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM