LDP - Akta Rahsia Rasmi

LDP- Akta Rahsia Rasmi

22 Julai 2020 - Jempol - Cawangan Khas IPD Jempol telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk Akta Rahsia Rasmi 1972. Taklimat berkaitan telah disampaikan oleh Insp Noorizzuddin Bin Mohamad Noor  dari Cawangan Khas IPD Jempol dan telah dihadiri seramai 26 peserta. Tujuan utama LDP ini dijalankan adalah untuk memberitahu bagaimana  penjagaan rahsia Kerajaan dan maklumat-maklumat terperingkat merupakan suatu bentuk arahan yang telah sedia termaktub dalam Arahan Keselamatan. Dalam masa yang sama, peserta diingatkan supaya menjaga dokumen/ maklumat terperingkat Kerajaan agar tidak dibocorkan, didedahkan, disebarkan, disiarkan dan disampaikan kepada pihak-pihak lain dengan apa-apa cara sekalipun. Sebagai contoh menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar surat rasmi jabatan yang merupakan dokumen terperingkat dan kemudiannya diedarkan melalui aplikasi whatsapp kepada pihak luar. Perbuatan membocorkan rahsia Kerajaan bukan sahaja boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam dan Kerajaan, malah boleh menggugat keselamatan negara, menjejaskan ketenteraman awam serta keharmonian dalam organisasi perkhidmatan awam, lebih-lebih lagi jika maklumat rahsia itu terdedah kepada penyalahgunaan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya terkesan mana-mana pegawai dan anggota terlibat  membocorkan rahsia kerajaan/maklumat, tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 akan diambil. Ucapan terima kasih kepada pengurusan IPD Jempol yang menganjurkan program tersebut.

#stayathome
#kitajagakita


Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM