Riadah Terancang IPDJempol
RIADAH TERANCANG 10 RIBU LANGKAH
02 Okt. 2020 - IPD Jempol menjalankan rutin mingguan melalui Cawangan Latihan IPD Jempol iaitu 10 ribu langkah .Program yang dihadiri seramai 69 peserta dari kalangan Pegawai Kanan,Anggota dan Kakitangan Awam itu disunting semangat dengan kehadiran YDH
DSP Mohd Hafiz Bin Mohammad Nor - PMG Ketua Polis Daerah Jempol. Tujuan Program ini dijalankan setiap minggu adalah bagi memupuk semangat kesukanan dan membudayakan aktiviti sukan dikalangan warga IPD Jempol serta mencapai berat badan yang unggul dan meningkatkan kecergasan fizikal sekaligus meningkatkan pengetahuan sukan. Riadah terancang ini adalah program yang dilakukan secara berterusan setiap minggu selaras dengan arahan pucuk pimpinan.
#pdrmjempolriadahterancang
#likensharefbipdjempol
Comments
Post a Comment