Riadah Terancang -Mendaki Bukit Baginda
Riadah Terancang IPD Jempol(Mendaki Bukit Baginda)
14/8/20(Jumaat)-Jempol aktiviti riadah terancang kali ini IPD Jempol adalah mendaki Bukit Baginda . Program tersebut bertambah meriah apabila riadah tersebut di hadiri oleh YDH SUPT Mohd Khairiel Bin Mohd Arif - Ketua Polis Daerah Jempol dan YDH DSP Mohd Hafiz Bin Mohammad Nor - Timb Ketua Polis Daerah Jempol.Program seumpama ini akan melahirkan insan yang sihat fizikal di kalangan setiap warga IPD Jempol disamping warga kerja yang sihat dari penyakit.Riadah yang disertai 45 pegawai kanan ,anggota dan pegawai awam itu mendapat kerjasama yang erat dan melahirkan sifat setiakawan dan berpasukan untuk capai ke puncak Bukit tersebut. Aktiviti sebegini dapat mendidik semua warga tentang kepentingan riadah sebegini dan kepentingan penjagaan kesihatan setiap individu .Secara kesimpulannya Riadah terancang sebegini mendapat impak positif dikalangan semua dan menyahut seruan kerajaan melahirkan generasi yang sihat fizikal dan mental .
#badansihatmindacergas
#riadahterancangipdjempol
Comments
Post a Comment