Taklimat E-Census
Taklimat E-Census
20 Julai 2020 - IPD Jempol telah aturkan satu taklimat penting berkaitan e-census di Dewan IPD Jempol.Taklimat tersebut telah diberi oleh Pn.Hartini Binti Yaacob
dari Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan.Kuarters perumahan IPD Jempol merupakan Kuarters perumahan yang terpilih untuk sistem E-census pada kali ini dan untuk menjayakan program tersebut,taklimat berkaitan e-census telah dihadiri seramai 55 peserta yang terdiri dari kalangan Pegawai Kanan dan Anggota IPD Jempol .Taklimat tersebut adalah bertujuan mengumpul maklumat penduduk melalui kiraan yang dilakukan secara berkala dan merupakan jumlah rasmi penduduk sesuatu kesimpulkawasan.Secaraannya program sebegini akan menjadi input perancangan pembangunan negara termasuk pengagihan perkapasiti seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan menjadi input penanda aras baru dalam penyediaan indikator sosio-ekonomi.Para peserta diberi peluang menjawab soal selidik secara atas talian dengan mengakses ID yang diberikan melalui e-CENSUS.Kesimpulannya dengan taklimat e-census dapat membantu mengakses banci penduduk dan perumahan yang dilaksanakan 10 tahun sekali dan mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan pada hari bancian.Pihak IPD Jempol mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah dari Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan yang sudi hadir meluangkan masa untuk memberi taklimat berkaitan e-census.
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#kitajagakita
#bersamaecensus
Comments
Post a Comment