Rampas Rokok dan minuman keras tidsk bercukai
Polis IPD Jempol rsmpas rokok dan minuman keras tidak bercukai
24/8/2020- Jempol - Polis Jempol dari Balai Polis Bahau yang diketuai oleh Insp Mohd Hisham bin Musa - Ketua Polis Balai Bahau telah membuat tangkapan dan rampasan keatas penjualan rokok seludup dan minuman keras yang tidak bercukai .Hasil maklumat orang ramai dalam membantu pihak PDRM telah membuahkan kejayaan apabila tertangkapnya 1 wanita berbangsa India lingkungan usia 50an yang disyaki menjual barang-barang tersebut tanpa kelulusan pihak berkuasa. Dalan serbuan tersebut sejumlah 123 pelbagai botol minuman keras dan sejumlah 680 pelbagai jenis kotak rokok yang keseluruhan berjumlah rm10,000 telah dirampas .
Pasukan serbuan telah tangkap wanita tersebut dan rampas barang-barang diatas di bawah kesalahan sek 135 (1) (d) akta kastam 1967 kerana menjual minuman keras dan rokok-rokok seludup. Tangkapan dan rampasan di bawa balik ke IPD Jempol untuk tindakan lanjut.
Justeru itu PDRM Jempol mengingatkan kepada masyarakat bahawa PDRM akan terus aktif dalam membanteras kegiatan yang menyalahi undang- undang dan berharap maklumat serta bantuan dari orang awam akan berterusan kearah pencegahan jenayah .
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#bersamacegahjenayah
Comments
Post a Comment