Perhimpunan bulanan KPD Jempol
PERHIMPUNAN BULANAN IPD JEMPOL BULAN OGOS 2020
Jempol, 11 Ogos 2020 - Bermula jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos, 2020 bagi Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol. Dalam perhimpunan Bulanan YDH SUPT Mohd Khairiel Bin Mohd Arif - Ketua Polis Daerah Jempol menyampaikan amanat serta arahan-arahan dan isu-isu semasa kepada semua Pegawai Kanan, Anggota dan Penjawatan Awam yang hadir dan beliau turut menyampaikan Surat Penghargaan kepada Pegawai Kanan dan anggota yang menunjukkan prestasi tugas yang baik. Perhimpunan bulanan ini dihadiri seramai lebih kurang 63orang dari kalangan pegawai kanan, anggota dan pegawai awam. Tujuan perhimpunan ini diadakan bagi meningkatkan disiplin pegawai dan anggota serta menyampaikan arahan- arahan dan amanat dari kepimpinan Tertinggi PDRM supaya dapat diambil perhatian dan sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian . Dengan perjumpaan dan perhimpunan Bulanan sedikit sebanyak memberi semangat,mewujudkan kerjasama dan semangat setia kawan antara semua seiring dengan lafaz Ikrar yang dilafazkan iaitu kejujuran dalam menjalankan tugas dan kesetiaan kepada Pucuk Pimpinan Pasukan PDRM.
#kitajagakita
#polissediaberkhidmat
Comments
Post a Comment