Taklimat Pengurusan Kewangan dan Insurans Perlindungan Diri

Taklimat Pengurusan Kewangan dan Insurans Perlindungan Diri .
Jempol,17 Jun 2020 ( Rabu ),Ibupejabat Polis Daerah  Jempol telah aturkan program Pengurusan Kewangan dan Insurans Perlindungan Diri kepada Pegawai dan Anggota IPD Jempol .Penceramah En . Samsul Syahrum Bin Samsuri dan  Pn.Nurul Hidayahtulrahmah Binti Maitin dari Insurans Takaful Keluarga dijemput untuk mentaklimatkan kepentingan pengurusan kewangan dan insurans perlindungan diri kepada seramai 57 orang yang terdiripada Pegawai dan Anggota Polis .

Taklimat tersebut adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan insurans bagi melindungi diri sendiri dan keluarga dari perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak dapat dielakkan seterusnya mentaklimatkan manfaat insurans selepas kematian akan menggantikan pendapatan keluarga dan juga membantu keluarga dalam menangani keperluan kewangan yang lain. Matlamat kewangan jangka panjang jika sesuatu berlaku perkara yang tidak diingini.
Manakala  kelebihan insurans akan memastikan keluarga terus dibiayai secara kewangan jika tiada ataupun hilang keupayaan untuk mencari sumber pendapatan dimana  keluarga akan mendapat kepastian bahawa kualiti kehidupan tidak akan terjejas dengan perlindungan insurans sepenuhnya.
Disyorkan pegawai dan anggota PDRM yang tidak mempunyai polisi insurans untuk mendapatkannya demi kebaikan dimasa akan datang untuk diri dan keluarga masing-masing.

#ibupejabatpolisdaerahjempol
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#programpengurusankewangandaninsuran
#Admin

Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM