Latihan Dalam Perkhidmatan Pengurusan Kewangan
24 Jun 2020 - Jempol telah adakan latihan dalam Perkhidmatan bertajuk: *PENGURUSAN KEWANGAN*.Dalam taklimat berkaitan telah dihadiri oleh kalangan anggota PDRM Jempol dan dijelaskan oleh penceramah jemputan dari PULAPOL Ayer Hitam En Mohamad Izzat Bin Ghazali dan Pn.Lailee Binti Ibrahim .
Slot tersebut memberi penerangan berkaitan perancangan kewangan dan cara menguruskan kewangan yang betul
Dalam masa yang sama
Peserta diberi penerangan berkaitan cara-cara pengurusan aliran tunai, pengurusan perbelanjaan yang tetap, perbelanjaan yang berubah-beruban dan perbelanjaan budi bicara serta tips cara-cara berbelanja dengan mendahulukan keperluan berbanding kehendak. Merekod jumlah perbelanjaan yang keluar untuk mengenalpasti punca duit keluar bagi mencipta pelan tindakan terhadap duit yang keluar.
Perkara yang menarik dalam taklimat tersebut ialah peserta didedahkan cara mendaftar dengan CCRIS ( Central Credit Reference Information System ) bagi mengenalpasti corak pembayaran pinjaman yang dilakukan dan sekaligus merancang pembayaran pinjaman. Latihan Dalam Perkhidmatan sebegini mendapat impak positif dikalangan peserta .Pihak IPD Jempol berterima kasih dengan penceramah jemputan yang sudi memberi penerangan berkaitan dan kepada Pengurusan IPD Jempol yang mengambil inisiatif untuk aturkan program berkenaan .
#kitajagakita
#cegahcovid19
Comments
Post a Comment