Program Kunjungan Mesra dan Pemantauan sesi pembukaan Sekolah di SMK Lui Barat

Program Kunjungan Mesra dan Pemantauan sesi pembukaan Sekolah

Jempol ,22 Jun- Satu Program Kunjungan Mesra dan Pemantauan sesi pembukaan Sekolah Pasca Covid19 telah diadakan di SMK Lui Barat yang dihadiri oleh Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif- Ketua Polis Daerah Jempol,Tn Abdullah Anastas Zorin bin Yaacob -Timb.Pegawai PPD Jempol/Jelebu,Ybhg Tuan Mahat bin Bujang- Pengetua SMK Lui Barat dan pegawai Kanan PDRM  serta PPS sekolah berkenaan .Program tersebut  bertujuan memberi penerangan mengenai SOP pembukaan sekolah dan menyampaikan Pematuhan SOP setelah pembukaan sesi persekolahan bemula.Dalam Program tersebut turut di taklimat kepada ahli mesyuarat persiapan dan Pematuhan SOP PKPP yang telah diaturkan sebagai persediaan pembukaan sesi persekolahan pada 24 Jun 2020. Program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara PDRM dan PPD yang hadir bagi sama-sama membantu mencegah penularan Covid19 disekolah selain bertujuan Berkongsi Pematuhan SOP PKPP bersama dan sepakat memutuskan rantaian Covid 19.
#cegahcovid19
#kitajagakita

Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM