KEJAYAAN NARKOTIK -TANGKAPAN MEMILIKI DADAH

Kejayaan Narkotik IPD Jempol

Pada 9 Jun  2020, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis 
Daerah Jempol telah menjalankan satu operasi khas Op Tapis di Felda Lui Selatan 2, 
Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Dalam operasi khas ini, satu lokasi pengedaran  dadah jenis heroin telah diserbu oleh 
pasukan khas Narkotik ini. 
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif, rumah ini digempur sekitar jam 5.00 petang oleh sepasukan anggota Narkotik yang diketuai oleh 
Insp Mohd Rizwadie bin Abdullah Bukhari. 
Operasi ini yang bermula sekitar pukul 3 petang  telah berjaya menangkap 1 orang tokan dadah yang berumur 38 tahun dan seorang penagih yg juga berusia 38
tahun yang menjadikan lokasi itu sebagai tempat mengedar 
dadah dan menagih dadah.
Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif juga berkata dalam Operasi ini sebanyak 67.80 gram dadah jenis heroin juga berjaya dirampas dari tokan tersebut. Nilai 
rampasan adalah sebanyak RM 3390.00. Kedua dua yang ditangkap diuji positif dadah 
jenis Morphin dan masing masing mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan 
jenayah.Tokan dadah ini disiasat dibawah Sek 39B ADB 52 yang boleh  dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan dan sementara penagih tersebut didapati memiliki sejumlah 0.60 gram dadah heroin dan kes di siasat di bawah Sek 12(3) ADB 1952.
Kedua duanya juga disiasat dibawah Sek 15(1)(a) ADB 52 kerana urin positif dadah.
Dalam perkembangan yg sama, Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif juga berkata
bahawa tindakan susulan yang dijalankan oleh pasukan yang sama membawa kepada penangkapan 1 lelaki India yang berumur 26 tahun disebuah rumah di Bahagian Rumah Baru, Ladang Gaddes, Jempol, NS pada jam 12.30 pagi 10.6.20. .Lelaki India ini yg juga seorang tokan dadah di kawasan Ladang Gaddes enggan memberikan kerjasama semasa proses tangkapan sehingga berlaku pergelutan dengan pasukan operasi dimana lelaki ini akhirnya tewas.Pasukan operasi yg memeriksa bilik lelaki itu telah menjumpai 2 paket besar berisi bahan di syaki dadah heroin seberat 155.40 gram yang dianggarkan bernilai RM 7770.00
Lelaki India ini yang berasal dari Perak juga disiasat dibawah Seksyen 39B ADB 1952 dan juga Sek 15(1)(a) ADB 52 kerana urinnnya juga diuji positif dadah.Beliau juga berkata, bagi kedua dua kes, 2 buah msikal jenis Benelli 150 dan Yamaha 135LC yang digunakan oleh Tokan dadah itu juga turut disita.




Operasi digerakkan semasa seluruh negara sedang berhadapan dengan 
Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) akibat wabak Covid-19 bagi memberi mesej yang 
jelas kepada pengedar dan penagih serta pengguna bahawa mereka yang terlibat 
dalam aktiviti dadah ini tidak akan terlepas dari tindakan undang undang dan 
kepada masyrakat bahawa kesejahteraan mereka akan sentiasa diberi perhatian 
yang serius oleh PDRM IPD Jempol.


Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM