Ops Benteng - PDRM Jempol
Jempol,11Jun- Ops Benteng ,Polis Jempol menangkap 59 pendatang asing tanpa izin
( PATI ) membabitkan 30 warganegara Indonesia, 20 warganegara Bangladesh dan 9 warganegara India.
Kesemua PATI berkenaan ditangkap dalam operasi ops Benteng tersebut bermula jam 10.30 malam 11 Jun sehingga 5.30 pagi hari ini.
Penugasan Ops Benteng tersebut membabitkan 38 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.
Tujuan operasi bagi membanteras kebanjiran PATI selain mengekang penularan wabak covid-19 membabitkan warga asing yang memasuki negara ini secara tidak sah.
Kesemua tangkapan ditahan dibawah kesalahan Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
Comments
Post a Comment