Lawatan 1st Day At School oleh Pegawai Perhubungan Sekolah Daerah Jempol

Lawatan 1st Day At School dan pemantauan hari pertama persekolahan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah.

Jempol, 24 Jun 2020 - Lawatan 1st Day At School dan pemantauan hari pertama persekolahan yang kembali di buka untuk pelajar tingkatan 5 dan 6 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol berjalan dengan lancar dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 
Sepanjang lawatan dan pemantauan di kesemua 18 buah sekolah menengah di dalam daerah Jempol oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di setiap sekolah yang telah di tetapkan mendapati sesi pembelajaran berjalan dengan baik tanpa sebarang pelanggaran SOP yang telah ditetapkan.Pihak pengurusan sekolah juga telah mengambil pendekatan membuat hebahan melalui alat pembesar suara bagi setiap sesi persekolahan berkaitan penjarakkan sosial 1 meter dan menyediakan tanda  garisan disetiap laluan agar dipatuhi oleh pelajar-pelajar. 

Selain itu Sepanjang tempoh lawatan PPS, pihak pengurusan sekolah telah menyediakan kemudahan kepada para pelajar untuk menjaga kebersihan diri, dengan menyediakan cecair sanitizer, sabun. Para pelajar juga digalakkan memakai peralatan penutup mulut dan hidung (Facemask)

#ibupejabatpolisdaerahjempol
#kitajagakita
#lawatan1stdayatschool
#Admin


Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM