Lawatan Ketua Polis Daerah Jempol ke Pejabat Operasi FGV Security Services Sdn Bhd

Kunjungan Hormat Dan Ramah Mesra  YDH Ketua Polis Daerah Jempol Bersama Pegawai Operasi FGV Security Services Sdn Bhd ( FGVSSSB) 

Jempol- 03 Jun  2020 ( Rabu )YDH Ketua Polis Daerah Jempol SUPT Mohd Khairiel bin Mohd Arif telah membuat lawatan ke  Pejabat Operasi Wilayah Serting ( FGV SECURITY SERVICES SDN BHD ).Lawatan beliau telah disambut oleh DSP/PB Mohd Khairudin Bin Zakariyah- Pegawai Operasi FGV Security Services Sdn Bhd .Turut hadir dari IPD Jempol,ASP Faizal Azwan Bin Osman -Ketua Bahagian Pengurusan Daerah,INSP Sarah Bt Olimohamed -Insp Hal Ehwal Awam/Pesara Polis dan INSP Nor Fazilah Bt Abdullah
-Insp Pelesenan Daerah.
Agenda utama lawatan tersebut ialah bertujuan untuk  merapatkan silaturrahim antara pucuk pimpinan IPD Jempol bersama Pegawai Operasi FGV.Dalam pertemuan tersebut beberapa isu penting telah dibincangkan ,antaranya:
🔹 Membincangkan berkaitan keselamatan senjata api di pos kawalan kilang dan pos sekatan jalan raya sekitar kawasan felda di Daerah Jempol.
🔹 Membincangkan mengenai spesifikasi yang sesuai berkaitan bilik kebal dan stor simpanan senjata api di Pejabat Operasi Wilayah Serting serta pos-pos kawalan.
🔹 Membincangkan isu berkaitan kes jenayah dan dadah yang semakin menular di kawasan felda di Daerah Jempol.
 🔹 YDH KPD Jempol mencadangkan akan mengadakan dialog bersama semua anggota Polis Bantuan FGV berkaitan isu-isu semasa menjalankan tugas dan SOP penggunaan senjata api semasa bertugas. 
Kesimpulannya Kunjungan  ini dapat memberikan impak yang positif antara PDRM bersama Polis Bantuan FGV Security Services dan dapat membantu PDRM menjaga keselamatan dan keharmonian di daerah ini.

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#IpdJempol
#kunjunganhormat
#editor


Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM