Kejayaan Tangkapan Dadah oleh Narkotik IPD Jempol
Kejayaan tangkapan dadah oleh Narkotik IPD Jempol
Pada 22 Jun 2020, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis
Daerah Jempol telah menjalankan satu operasi Op Tapis di kawasan Pekan Bahau, Jempol, Negeri Sembilan. Dalam operasi ini, sebuah rumah di Taman Sornam yang disyaki dijadikan lokasi pengedaran dadah telah diserbu oleh
pasukan ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif, rumah ini digempur sekitar jam 2.45 petang oleh sepasukan anggota Narkotik yang diketuai oleh Pegawai Risikan, Operasi dan Tahanan BSJND,
Insp Mohd Rizwadie bin Abdullah Bukhari.
Operasi ini yang bermula sekitar pukul 2.00 petang telah berjaya menangkap 1 orang lelaki Melayu yang berumur 39 tahun dan 1 orang lelaki Cina yg juga berusia 33 tahun yang menjadikan rumah itu sebagai tempat menagih
dadah dan mengedar dadah.
Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif juga berkata dalam Operasi ini sebanyak 112.10 gram dadah jenis heroin, 9.26 gram dadah ganja dan 1.0 gram dadah syabu berjaya dirampas dari tokan tersebut. Nilai
rampasan adalah sebanyak RM 5605.00 bagi dadah heroin, RM 463.00 bagi dadah ganja dan RM 100.00 bagi dadah Syabu.
Pihak polis juga telah merampas 2 alat menghisap dadah, satu alat ' sealer' serta alat penimbang digital.
Pihak polis juga telah menyita sebuah kenderaan Kia Rio yang dianggarkan bernilai RM 30,000 yang dipercayai digunakan oleh tokan dadah tersebut dalam aktiviti mereka.
Kedua dua yang ditangkap diuji positif dadah
jenis Morphin dan Methamphetamine dan masing masing mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Kedua duanya disiasat dibawah Sek 39B ADB 52 yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
#banterasdadahkeakarumbi
#pdrmjempol
#tiadaharitanpatangkapan
Comments
Post a Comment