Pemeriksaan A117 Balai Polis Bahau Dan Pondok Polis Jelai


PEMERIKSAAN BALAI - PTKPN A117 (BALAI  POLIS BAHAU DAN PONDOK POLIS JELAI) OLEH IPD JEMPOL

Jempol bertarikh 4 June 2020 (KHAMIS)K Supt.Mohd  Khairiel bin Mohd Arif -Ketua Polis Daerah Jempol telah turun ke lapangan untuk mengetuai Pemeriksaan A117 di Balai Polis Bahau dan Pondok Polis Jelai.
Untuk makluman pemeriksaan A117 adalah pemeriksaan berkala yang akan dilakukan oleh pengurusan IPD Jempol mengikut tarikh yang telah ditetapkan antara bahagian-bahagian dan balai-balai. Setelah selesai Ketua Polis Daerah Jempol mengambil pemeriksaan kawad anggota agenda seterusnya diserahkan kepada pegawai yang telah diaturkan iaitu ASP Md Yusof Bin Hj Ahmad -Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah bersama team pemeriksaan yang terdiri dari kalangan pegawai dan anggota yang yang ditugaskan dalam pengkhususan bidang masing-masing .Tujuan dan objektif A117 adalah bagi Memastikan segala arahan² pucuk pimpinan tertinggi PDRM dipatuhi setiap masa oleh segenap lapisan warga PDRM Balai Polis Bahau khususnya dan IPD Jempol amnya. 
Selain  memastikan dokumen berkaitan, kelengkapan balai & aset yang dibekalkan berada pada tahap terbaik dan selamat digunakan serta diselenggara dengan betul. 
Dengan pemeriksaan A117 juga kita dapat membentuk anggota yang baik dari segi sahsiah diri,disiplin dan berintegriti.Sepanjang pemeriksaan A117 ,kerjasama dari semua amat memberangsangkan dan dihargai.




Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM