Mesyuarat Mingguan Balai Polis Sg.Lui
Ketua Polis Balai Sg Lui Haron Bin Mohd Ali mengatur mesyuarat ini adalah bagi menyampaikan arahan-arahan atasan kepada anggota dibawah pentadbirannya.disamping memastikan semua anggota dibawah seliaannya mematuhi dan mengikut arahan yang telah ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama dan komitmen dalam membanteras kegiatan dadah dan jenayah yang berlaku di kawasan tadbiran Balai masing- masing.
Perjumpaan sebegini jugak dilihat memberi kesan positif kepada semua peringkat dan sekaligus eratkan silaturahim dan semangat setiakawan dan tingkatkan usaha kerja berpasukan.Disamping itu dapat membentuk anggota yang mempunyai masalah salahlaku dengan mendampingi mereka dan memberi sokongan moral supaya mereka dapat perbaik diri mereka.
#kitajagakita
#cegahcovid19
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
Comments
Post a Comment