LDP -Sistem Pengurusan Balai(SBP)
LDP - Sistem Pengurusan Balai
30 Jun 2020- Jempol Bahagian Pengurusan IPD Jempol telah aturkan LDP bertajuk Sistem Pengurusan Balai(SPB) di Bilik Gerakan IPD Jempol.
IPD Jempol telah menjemput KPL 143138 Saiful Rizal Bin Ramlan -
Kpl Pentadbiran Balai Polis Jasin sebagai penceramah untuk program tersebut.Program yang dihadiri seramai 20 orang anggota ini telah diberi pendedahan tentang sistem pengurusan balai yang digunakan seharian,susunan
jadual penugasan balai, cara daftar maklumat pendaftaran tugasan, e-buku perharian balai pol 40 dan maklumat balai.Dalam program tersebut peserta telah mengemukakan permasalahan yang sering timbul ketika mengendalikan SPB dan permasalahan rangkaian yang sering mendatang kan masalah semasa digunakan.Sepanjang program tersebut berjalan dengan lancar dan para peserta memahami segala penerangan yang ditaklimatkan. Pihak IPD mengucapkan terima kasih kepada penceramah jemputan dan menghargai pendekatan yang diambil oleh IPD Jempol untuk memberi penerangan kepada anggota diperingkat Balai.
#kitajagakita
#ldpsbpipdjempol
Comments
Post a Comment