LAWATAN PPS KE SEKOLAH
LAWATAN PPS KE SEKOLAH
Selaras dengan pengumuman Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa Sekolah akan dibuka untuk pelajar peperiksaan utama ,pihak PDRM Jempol telah mengarahkan Pegawai Perhubungan Sekolah untuk membuat lawatan ke sekolah sekolah yang telah ditetapkan sebelum mulanya sesi persekolahan pada 24 Jun 2020 ini.Lawatan PPS ini adalah bagi menunjukkan kehadiran PPS (PDRM) di sekolah yang ditugaskan.
Disamping PPS dapat memberi penerangan kepada pentadbiran sekolah tentang SOP persekolahan semasa PKPP ini.Lawatan sebegini perlu dikerapkan agar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara PDRM dan pihak sekolah.
PPS disarankan memberi cadangan dan pendapat kepada pihak sekolah untuk sentiasa memberi pendedahan dan maklumat berkaitan Covid 19 kepada pelajar dan memaklumkan kepada sekolah supaya sentiasa mematuhi SOP semasa di sekolah dalam tempoh pendemik ops covid 19 yang dikhuatiri oleh semua .
#kita jaga kita
#cegah covid19
#polis dan masyarakat berpisah tiada.
Comments
Post a Comment