Lagi kejayaan Narkotik -Tangkapan ketum

Kejayaan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Jempol
19 Jun  2020, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis 
Daerah Jempol telah menjalankan satu operasi Op Tapis di Felda Serting Hilir 2, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Dalam operasi ini, satu lokasi penjualan air ketum disebuah rumah di Felda tersebut telah diserbu oleh 
pasukan Narkotik ini. 
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif, rumah ini diserbu sekitar jam 2.20 petang  oleh sepasukan anggota Narkotik yang diketuai oleh 
Pegawai Risikan dan Operasi, Sub Insp Idris bin Yan. 

Operasi ini telah berjaya menangkap 1 lelaki penduduk Felda tersebut yang berumur  24 tahun yang menjadikan lokasi itu sebagai tempat menjual air ketum.

Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif juga berkata dalam Operasi ini sebanyak 42 bungkusan plastik berisi air disyaki air ketum yg disimpan dalam satu tong penyejuk yang disimpan dibahagian dapur rumah itu telah dirampas.

Beliau juga berkata, anggaran isipadu air ketum tersebut adalah kira kira 42 liter yang dianggarkan bernilai RM 420.00. Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut kerana dipercayai air ketum ini dimasak ditempat lain memandangkan tiada sebarang kesan air ketum itu dimasak dirumah subjek.
 Subjek yang ditangkap diuji negatif dari sebarang dadah dan tiada sebarang rekod jenayah lampau.
Operasi ini memberi mesej yang 
jelas kepada penjual serta pengguna air ketum  bahawa mereka yang terlibat dalam aktiviti ini tidak akan terlepas dari tindakan undang undang dan 
kepada masyrakat bahawa kesejahteraan mereka akan sentiasa diberi perhatian 
yang serius oleh PDRM IPD Jempol.
#banterasdadahkeakarumbi



Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM