Ops Sepadu Pematuhan SOP PKPP di Jempol

Ops Sepadu Pematuhan SOP PKPP Covid 19 di Jempol

20 June 2020 (Sabtu) Jempol - Ops sepadu Pematuhan SOP PKPP Covid 19 telah dilaksanakan  oleh Ibupejabat Polis Daerah Jempol .Ops tersebut melibatkan sekitar kawasan Pentadbiran Bahau dan dijayakan oleh PDRM Jempol yang bertindak sebagai komandan operasi ,Penguatkuasaan dan keselamatan dengan dibantu   agensi lain seperti KKM,MPJL,APM,
RELA dan PENERANGAN Jempol yang keseluruhan kekuatan seramai 37 orang .Ops sepadu yang bermula jam 8 malam  berakhir jam 12 malam tadi turut dihadiri oleh YDP MPJL Tn YM Raja Norazli bin Raja Nordin. Ops tersebut adalah yang pertama kali dilaksanakan sejak PKPP  Ops Covid 19.Ianya lebih kepada penguatkuasaan Pematuhan SOP PKPP dan memberi teguran dan penerangan tentang Pematuhan SOP PKPP yang mesti dipatuhi oleh peniaga .Selain dari itu kesedaran tentang keselamatan dan sekiranya berlaku kecemasan juga turut dikongsi kepada peniaga dan awam yang terdapat di premis perniagaan.Ops sepadu Pematuhan SOP PKPP ini difokuskan keatas premis perniagaan, pusat hiburan,restoran dan kedai makan sekitar pekan bahau dan kawasan berhampiran.
Terkesan juga premis yang gagal mematuhi SOP PKPP seperti gagal menyediakan buku daftar pelawat,tidak menyediakan hand sanitizer dan penyukat suhu serta tidak menandakan jarak sosial yang dibenarkan .Premis yang gagal mematuhi SOP PKPP tersebut telah dikeluarkan kompaun sebanyak 3 kompaun dan 3 notis oleh MPJL .3 Kompaun adalah  atas kesalahan langgar Akta makanan dan langgar syarat lesen perniagaan,manakala 3 notis pula dikeluarkan atas kesalahan langgar syarat PKPP. Jabatan kesihatan juga turut keluarkan sebanyak 6 notis kerana langgar peraturan kawalan hasil tembakau keatas premis yang tidak patuh pada Pematuhan berkenaan.
Bagi Berkongsi kesedaran , jabatan Penerangan telah mengedarkan flyers dan poster semasa ops sepadu tersebut selain membuat hebahan kepada awam . Sepanjang Ops sepadu tersebut tiada permasalahan yang timbul dan mendapat kerjasama daripada semua pihak .Sememangnya ops Sepadu sebegini sangat diharapkan dapat di kerapkan bagi memastikan Pematuhan SOP PKPP dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak dan bagi memutuskan rantaian Ops Covid untuk kebaikan bersama .
#cegahcovid19
#kitajagakita

Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM