Program Derma Darah IPD Jempol
Program Derma Darah Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol
Jempol ,17 Jun 2020, Ibupejabat Polis Daerah Jempol dengan kerjasama Hospital Tuanku Ampuan Najihah,Kuala Pilah telah menganjurkan Program Derma Darah IPD Jempol bertempat di Distress Room IPD Jempol.
Tujuan program ini diadakan untuk membantu menambah bekalan darah dan memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi di hospital.Seramai 30 orang telah hadir untuk membuat saringan tetapi hanya 23 orang sahaja yang memenuhi syarat yang ditetapkan untuk menderma darah.
Pelaksanaan program sebegini dapat merapatkan silaturahim dan kolaborasi antara agensi disamping dapat bantu membantu antara jabatan berkenaan.
#ibupejabatpolisdaerahjempol
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#programdermadarahipdjempol
#Admin
Comments
Post a Comment