Kejayaan Narkotik IPD Jempol tangkapan Dadah

 Kejayaan Narkotik IPD Jempol - Tangkapan Dadah 

15 Jun  2020, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis 
Daerah Jempol telah menjalankan satu operasi khas Op Tapis di Felda Palong 4, Gemas, Negeri Sembilan. Dalam operasi khas ini, satu lokasi pengedaran  dadah jenis heroin disebuah rumah di Felda tersebut telah diserbu oleh 
pasukan Narkotik ini. 
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif, rumah ini digempur sekitar jam 0010 hrs oleh sepasukan anggota Narkotik yang diketuai oleh 
Pegawai Risikan dan Operasi, Insp Mohd Rizwadie bin Abdullah Bukhari. 
Operasi ini telah berjaya menangkap 1 orang tokan dadah yang berumur 41 tahun menjadikan lokasi itu sebagai tempat mengedar 
dadah di kawasan tersebut. Subjek yang ketika itu sedang berada diatas motosikal cuba melarikan diri dengan bergelut dengan pasukan serbuan tetapi akhirnya berjaya ditangkap.

Supt Mohd Khairiel bin Mohd Arif juga berkata dalam Operasi ini sebanyak 40.30 gram dadah jenis heroin yg bernilai RM 2015.00 dan 7.20 gram dadah syabu yang bernilai RM 720.00 berjaya dirampas dari tokan tersebut.  Subjek yang ditangkap diuji positif dadah 
jenis Morphin dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan 
jenayah.
Tokan dadah ini disiasat dibawah Sek 39B ADB 52 yang boleh  dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Subjek juga disiasat dibawah Sek 15(1)(a) ADB 52 kerana urin positif dadah.
Sebuah msikal jenis Honda Dash juga disita kerana dipercayai digunakan oleh tokan ini untuk mengedar dadah.
Operasi ini memberi mesej yang 
jelas kepada pengedar dan penagih serta pengguna dadah bahawa mereka yang terlibat dalam aktiviti dadah ini tidak akan terlepas dari tindakan undang undang dan 
kepada masyrakat bahawa kesejahteraan mereka akan sentiasa diberi perhatian 
yang serius oleh PDRM IPD Jempol.

#stayathome
#cegahcovid




Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan A117 Balai Polis BSJ dan Pondok Polis Mahsan

D221 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol

Riadah Terancang larian 2.4 KM