Kunjungan hormat IPD Jempol ke atas Undang Luak Johol
Kunjungan Hormat Daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol Kepada YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato Haji Muhammed Bin Haji Abdullah Undang Luak Johol
Jempol 15 jun 2020, Satu kunjungan hormat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol yang diketuai oleh YDH Supt Mohd Khairiel bin Mohd arif Ketua Polis Daerah Jempol dan Pengerusi Perkep IPD Jempol Ybhg Pn Safinaz binti Muhamad Yusuf kepada YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dati Haji Muhammed Bin Haji Abdullah Undang Luak Johol telah diadakan di Kediaman Undang Luak Johol.Kunjungan hormat ini diadakan adalah
untuk merapatkan Silaturrahim antara Pimpinan IPD Jempol bersama YTM Undang Luak Johol.Selain itu juga YDH Ketua Polis Daerah Jempol turut berkongsi pendapat mengenai beberapa permasalahan berkaitan jenayah dan jenayah Dadah untuk penambahbaikan cara atasinya dibawah pentadbiran IPD Jempol di mana Jeram padang dan sesetengah Felda Palong merupakan tanah jajahan adat YTM Undang Luak Johol. Adalah menjadi adat Lawatan Rutin diadakan bagi membincangkan permasalahan yang timbul di kawasan Jempol dan langkah proaktif untuk atasinya.
Turut hadir,Ketua bahagian IPD Jempol,pegawai kanan dan Perkep IPD Jempol.
#ibupejabatpolisdaerahjempol
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#kunjunganhormat
#Admin
Comments
Post a Comment